,
Laman Utama

"Kuman Dah Menyerang Otak" - Menderita Batuk Kering, Pelakon Cilik Izuan Fitri Belum Sedarkan Diri

Amri Hassan
03/08/2021
12:19 MYT
Pelakon yang popular menerusi filem Butak dan Crossroads: One Two Jaga, Mohd Izuan Fitri dikhabarkan kini sedang terlantar sakit akibat tuberkulosis atau tibi.
Menerusi foto yang tular di Twitter pada Selasa, Izuan, 19, dimaklumkan sedang menjalani rawatan dan pihak keluarga masih berbincang untuk prosedur pembedahan.
Dalam ciapan yang tular daripada akaun @zhafvlog, kuman tibi dalam badan Izuan telah menyerang organ dalaman termasuk paru-paru dan otak. "Kuman tibi banyak dalam badan si adik, buang air besar berdarah sebab tibi dalam usus, paru-paru sebelah kiri ada tibi buat sarang, kat otak ada tibi.
"Tadi dia buat ct scan untuk bagi kat pakar otak, sekarang tengah bincang sama ada pembedahan boleh tolong si adik atau tidak.
"Kalau pakar otak kata pembedahan tak boleh tolong, doktor akan teruskan ubat tibi saja sampai adik sedar," maklum individu berkenaan dikenali sebagai Adik Ainn memetik kata-kata ibu Izuan, Nor Abdul Rani.
Sementara itu, lapor Harian Metro, kata abang kembar Izuan, Izuan Fikri, adiknya telah dikejarkan ke Hospital Selayang pada 31 Julai lalu selepas diserang sawan.
"Setakat ini, adik saya Izuan belum sedarkan diri. Mengikut pemeriksaan doktor memaklumkan penyakit tibi dihidapinya sekitar dua tahun lalu sudah menyerang bahagian otaknya.
"Adik saya memang tak tahu dia ada menghidap penyakit tibi pun. Sebelum ini, dia memang kurang sihat apabila selalu batuk dan demam, tapi dia tidak mahu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan. Jadi, kami ingatkan hanya sakit biasa.
"Cuma, pada 31 Julai lalu ketika saya dan kakak pergi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Izuan hubungi saya memberitahu tangan dan kakinya kebas serta tidak boleh bergerak untuk ke tandas," katanya.
Izuan pernah muncul dalam filem Butak arahan Sabri Yunus yang turut dibarisi Fimie Don, Khatijah Tan dan Kazar Saisi.
Sepanjang bergelar artis, Izuan pernah meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.
Sumber: Harian Metro, Zhafvlog
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.