,
Laman Utama

‘Kuih Kapit’ & ‘Laga Biji Getah’ Antara Karya Juara Dalam Art Competition 2023!

Muhammad Firdaus
16/11/2023
11:55 MYT
Karya yang diberi nama ‘Kuih Kapit’ dan ‘Laga Biji Getah’ antara yang dinobatkan sebagai pemenang dalam Anugerah Pertandingan Seni 2023, yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 14 Oktober.
Karya seni Kuih Kapit telah menewaskan empat seni lain dalam kategori warna air iaitu Bak Chang (Lee Bee Teng), Duit Lama Dari Tabung Ayah (Nur Aina Sofia Shamsul Bahari), Figurines of Vintage Quality (Eng Jie Shi) dan Sarong Kebaya, a Common Attire to All (Tan Zhi Yi).
Karya Kuih Kapit oleh artis, Oon Zheng Yeow itu mengisahkan tentang bagaimana kuih yang berasal dari negara Belanda itu sinonim dengan simbol pertukaran budaya dan sejarah yang kompleks berkait dengan Cina Peranakan.
Selain itu, Karya Laga Biji Getah juga memperolehi tempat pertama dalam kategori arang/pensel/dakwat, berjaya mengatasi karya seni lain Antique Shop Interior (Hia Pei Qin), Cito Gapo Ni Tok? (Ahmad Ahadiaq Aizaq), The Art of Traditional Food Making (Sze Xiang Yee) dan She’s a “TRUE” Gem, a Rare Find (Muhamad Najmi Naim).
Difahamkan Karya Laga Biji Getah oleh artis, Jasper Junior menceritakan tentang memorinya semasa kanak-kanak bermain permainan tersebut bersama saudara sebelah ibu ketika membesar di Keningau, Sabah.
Sekadar info, anugerah itu mempamerkan 25 karya seni pemenang daripada institusi-institusi pendidikan seperti universiti dan kolej. Lima kategori yang dipertandingkan adalah arang/pensel/dakwat, cat minyak/akrilik, media campuran, seni cetakan dan cat air.
Semak pemenang-pemenang dalam kategori lain:
Cat minyak/Akrilik - Reminiscence (Wong Jia jin) Media Campuran - Fresh Outlook (Goo See Min) Printmaking - Pasar (Ong Wen Xin)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.