gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Wanita Selawat Secara 'Berjemaah' Dalam Kolam Renang
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Juri Guna Imuniti X Untuk Afiq Sky! Allan Andersn & Awienit Tersingkir Di Suku Akhir
HIBURAN
Taanusiya Chetty Seru Ibu Bapa & Guru Mainkan Peranan Penting Dalam Kesihatan Mental - “Saya Tahu Perasaan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Kucing 'Ditahan' Gara-Gara Gigit Anggota Polis

gempak
Gempak
31/05/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kucing 'Ditahan' Gara-Gara Gigit Anggota Polis

Seekor kucing 'ditangkap' selepas ia menggigit beberapa anggota polis yang cuba menyelamatkannya.

Spesies American shorthair yang memakai penanda kolar berwarna merah jambu dengan tanda nama Nub Tang itu dibawa ke balai polis ketika kejadian pada awal bulan lalu.

Salah seorang anggota polis, Da Parinda Pakeesuk turut berkongsi kisah si comel itu di Facebook.

"Kami menyediakan ruang khas yang selesa dilengkapi makanan dan alat mainan buat kucing itu. Tetapi, ia mengamuk lalu mencakar dan menggigit rakan setugas saya yang lain," ujarnya.

Da Parinda turut berkongsi gambar Nub Tang yang dinamakan sebagai 'suspek' kerana menyerang anggota polis.

"Kucing ini telah didakwa dan akan 'ditahan'. Sila kongsikan catatan ini agar pemiliknya boleh menyelamatkannya," menurut catatan tersebut yang kemudiannya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi warganet.

Sebahagian daripadanya turut menawarkan diri untuk mengambil Nub Tang.

Pemilik kucing itu akhirnya tampil di balai polis dan hal itu diselesaikan selepas Da Parinda menulis 'laporan palsu'.

"Saya hanya lapar dan tidak bermaksud mahu menggigit sesiapa," jelas laporan itu mengikut perspektif Nub Tang yang disertakan dengan dua cap kakinya dan gambar aksi comelnya.

Da Parinda menjelaskan tiada penalti dikenakan dan kes itu perlu dikendalikan mengikut prosedur.

"Kita tidak boleh biarkan kucing lain menggigit orang sesuka hati," tambahnya.

Nub Tang dibebaskan dengan amaran lisan dan selamat kembali bersama pemiliknya.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Thailand
#Kucing
#Polis
#Kena Tahan
Must-Watch Video