,
Laman Utama

Kuarantin Kendiri, PM Sertai Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2021 Secara Maya & "Terlepas" Hadir Istiadat Angkat Sumpah Kabinet

Azwa Rahman
30/08/2021
23:42 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjalani kuarantin kendiri bermula Isnin setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata oleh sebab itulah Ismail Sabri tidak dapat hadir ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara pada petang Isnin.
Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Selasa, Perdana Menteri akan menyertainya secara maya," ujar kenyataan itu lagi.
Pada majlis yang berlangsung, seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alami yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan, selepas disahkan positif COVID-19.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat tersebut.
Pada 27 Ogos lalu, Ismail Sabri telah mengumumkan barisan Kabinet beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri seminggu sebelumnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.