,
Berita

Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Gempak
16/07/2024
10:10 MYT

Berikut merupakan kronologi kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Mangsa yang berasal dari Sarawak adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Perak.

11 Julai 2024

- Polis menerima laporan pada jam 1.56 pagi berhubung kehilangan Nur Farah Kartini selepas gadis itu menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim. - Nur Farah Kartini dilaporkan kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim, kira-kira 8 pagi 10 Julai lalu. - Mangsa kemudian didakwa menaiki sebuah kereta berwarna merah yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya berikutan hujan ketika itu. - Gadis itu kali terakhir dilihat berpakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam. - Komunikasi terakhir antara seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan terbabit dengan gadis itu ialah pada 8.14 pagi (hari kejadian) dan mangsa tidak dapat dihubungi selepas itu.

12 Julai 2024

- Seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan merayu Nur Farah Kartini pulang, menerusi laporan media - Gadis itu disifatkan sebagai seorang yang komited dalam kerja sepanjang hampir setahun bekerja di kedai percetakan berkenaan. - Nur Farah Kartini dilaporkan tidak bekerja dengan syarikat perkhidmatan kereta sewa, sebaliknya hanya membantu sesiapa yang mahu menyewa kereta kerana mendapat komisen daripada usaha itu - Abang Nur Farah Kartini yang tinggal di Selangor dilaporkan pergi ke Tanjung Malim pada malam kejadian untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan lanjut mengenai kehilangan adiknya itu.

15 Julai 2024

- Mayat Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang. Mangsa dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya. - Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan berkata, hasil pemeriksaan awal mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim - Seorang suspek berusia 26 tahun ditahan - Abang mangsa ke lokasi kejadian

16 Julai 2024

- Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 8.48 pagi. Suspek dilihat memakai pelitup muka dan berbaju lokap polis berwarna oren. - Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas penjawat awam berusia 26 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa suspek adalah teman lelaki mangsa. Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam. - Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah, berkata jenazah Nur Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, untuk dikebumikan.
Sumber: Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Dengan Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Ternampak Mahluk Halus Ketika Sedang ‘Shooting’, Wafariena Lebih Rela Berdiam Diri - “Masa Mereka Guna Darah Palsu, Benda Itu Muncul…”

gempak
28/10/2024
15:55 MYT
Namun, menurut pemilik nama Wafariena Roslan, dia memilih untuk berdiam diri ketika berhadapan dengan situasi tersebut kerana ingin memberi fokus kepada krew dan pelakon lain.
Berita

Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

gempak
26/07/2024
02:41 MYT
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
Viral

Video Sahabat Baik Menangis Depan Pusara Nur Farah Kartini Undang Rasa Sebak - “Sedihnya, Hilang Kawan Yang Sentiasa Bersama…”

gempak
19/07/2024
02:25 MYT
Tular video memperlihatkan seorang rakan baik kepada Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Dayang tidak dapat menahan rasa sebak ketika pengebumian Allahyarham pada petang, Khamis.
Berita

“Setiap Hari Adik Menangis, Tak Boleh Bekerja & Perlu Jaga Anak Masih Bayi” - Abang Dedah Emosi Isteri Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Terganggu

gempak
18/07/2024
07:22 MYT
Abang kandung kepada isteri suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tampil mendedahkan emosi adiknya terganggu semenjak mengetahui insiden itu.
Unitar