,
Laman Utama

Krisdayanti Dedah Terima RM22 Ribu Gaji Termasuk Elaun Bayar Elektrik Rumah Sebagai Ahli Politik

Maliah Surip
18/09/2021
03:45 MYT
Selebriti Krisdayanti sedang menjadi perbincangan rakyat Indonesia selepas beliau yang juga merupakan seorang ahli politik mendedahkan pendapatannya setiap bulan kerana berkhidmat untuk negara.
Diva tersebut mengaku menerima dua kali gaji dalam sebulan. Gaji pokok diterimanya pada tanggal 1 haribulan setiap bulan sebelum menerima gaji kedua yang dipanggil tunjangan beberapa hari kemudian.
Diketahui bayaran tunjangan itu adalah untuk kegunaan peribadi seperti membayar elektrik kediaman dan bil telefon.
Hal yang membuat netizen heboh adalah apabila isteri Raul Lemos yang menyandang peranan sebagai anggota Komisi IX (wakil rakyat) di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) itu mengaku gaji pokok yang diterimanya bernilai Rp16 juta atau sekitar RM4,700 sebelum dibayar sebanyak Rp59 juta yang bersamaan RM17,350.
Apabila dicampurkan, gaji bulanan yang diperoleh Krisdayanti yang bertanggungjawab menjaga masalah kesihatan dan tenaga kerja di bawah partinya dari tahun 2019 sehingga 2024 adalah RM22,050.
Masyarakat berpendapat, gaji yang diterima Krisdayanti sebagai wakil rakyat di saat kebanyakan rakyat menderita dan kehilangan pekerjaan kerana pandemik COVID 19 sebagai agak besar.
Lantaran itu, pendedahan yang dibuat Krisdayanti dipandang serius oleh rakyat Republik tersebut, mengenang perempuan itu sudah lama hidup sukses dan mewah sepanjang menjadi penyanyi dan anak seni tempatan.
"Setiap tanggal 1 (dapat) Rp16 juta (RM4,700) tanggal 5 (dapat) Rp 59 juta (RM17,350) kalau tidak salah," kata Krisdayanti seperti dilaporkan Kompas.com baru baru ini.
Pengakuan tersebut dibuat pelantun Mencintaimu itu saat menjadi tetamu dalam saluran YouTube milik Akbar Faizal Uncensored, yang juga merupakan mantan anggota DPR.
Dalam temubual yang sama, Krisdayanti turut berkongsi setiap wakil rakyat diberikan dana berjumlah puluhan hingga ratusan ribu dalam setahun untuk berkempen.
"Ada dana yang diperoleh seperti Dana Reses misalnya dapat lima kali dalam setahun dengan jumlah ratusan juta rupiah. Itu bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi diberikan untuk kami menjalankan kempen dan memulangkan semula duit rakyat," katanya.
Instagram: @krisdayantilemos
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Unitar