,
Laman Utama

Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander

Maliah Surip
29/06/2023
08:50 MYT
Umat Islam merayakan Aidiladha pada hari ini. Selain Malaysia, masyarakat Islam di Indonesia juga sedang meraikan hari kemenangan ini dengan melakukan korban.
Salah seorang selebriti terkenal republik tersebut yang melakukan ibadah korban pada tahun ini adalah Kris Dayanti.
BACA: Suami Kris Dayanti Dikatakan Mirip Pemain Bola Sepak Perancis Kylian Mbappe
Selebriti yang juga ahli politik itu diketahui telah ‘menumbangkan’ tiga ekor lembu pada Aidiladha 2023.
Kris Dayanti dilaporkan akan melakukan korban di dua kota iaitu Jakarta dan Malang, Jawa Timur.
Pelantun lagu Mencintaimu itu mengatakan ada lembu yang dikorbankan di Jakarta dekat dengan kediamannya.
“Dan ada yang dikorbankan di Malang,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
BACA: Kris Dayanti, Marcell, Once Antara Calon Pilihan Raya Indonesia
Menariknya Kris Dayanti memberitahu setiap seekor lembu yang dipilih untuk dikorbankan telah diberi nama.
“Yang saya tahu lembu yang dikorbankan di Jakarta namanya Alexander. Yang di Malang saya tidak pasti kerana semua sudah dinamakan siap sedia,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Apa Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam?

gempak
20/06/2024
06:30 MYT
Meskipun hari ini merupakan hari Tasyrik terakhir pada tahun ini, masih ramai lagi yang menerima daging korban.
Berita

Lebih 550 Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah

gempak
19/06/2024
21:41 MYT
Musim haji pada kali ini telah merekodkan lebih 550 jemaah meningggal dunia berikutan suhu ekstrem yang mencengkam Tanah Suci Makkah.
Berita

Astro Radio Anjur Ibadah Korban Bersama Siti Khadijah

gempak
19/06/2024
12:17 MYT
Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada hari ini dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Lelaki Maut Rempuh Lembu Terlepas Di Lebuh Raya

gempak
18/06/2024
21:51 MYT
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa.