Hiburan
Krew Penerbangan Diberhentikan Kerja? Budak Ijat Buka Tawaran Berlakon Khusus Buat Mereka Yang...
Pengarah Shahrulezad Mohameddin meluahkan hasratnya mengambil krew penerbangan yang terkesan akibat COVID-19 untuk membintangi drama terbaharunya.
Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.
Menurut Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, dia memahami keadaan yang menimpa kebanyakan krew penerbangan yang telah diberhentikan kerja.
“DM (direct message) profil anda dan mungkin kita boleh buat casting secara atas talian.
“Mungkin anda akan menjadi wajah baru untuk rancangan televisyen seterusnya. Lets do magic!,” katanya.
Tambahnya, tawaran tersebut juga bukanlah untuk krew penerbangan semata-mata, namun terbuka kepada orang ramai yang berminat.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya menyokong pendekatan pengarah berkenaan.
Kebanyakan mereka memuji usaha tersebut yang disifatkan sebagai cara terbaik membantu individu yang terjejas akibat COVID-19.
Untuk makluman, masalah pemberhentian dan pengecilan operasi oleh syarikat penerbangan kini dianggap satu fenomena global.
Syarikat penerbangan Malaysia Airline System Bhd (MAS), Malindo dan AirAsia juga tidak terkecuali dalam mengambil pendekatan memberhentikan pekerja mereka dalam mengurangkan impak pandemik COVID-19.
Sumber: Instagram Budak Ijat
Twitter: @nasuhajamil, @mrs_ssd, @@fuzajasni, @zhafrizamil, @irriananana, @kaatnizz
Must-Watch Video