,
Laman Utama

KPM Mansuh Semua Pertandingan, Sambutan Tidak Beri Impak, Tambah Beban Guru - Fadhlina

Gempak
19/02/2023
05:50 MYT
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat, yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru bermula sesi persekolahan 2023/2024.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam kenyataan malam ini berkata antara contohnya ialah membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan yang seumpamanya.
Fadhlina berkata keputusan itu merupakan antara tujuh langkah segera yang diambil, dalam teras kelima KPM yang memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk tekanan dihadapi para guru, hasil daripada laporan awal diterima.
“Kesemua langkah ini akan diperincikan oleh pengurusan tertinggi KPM dan akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024. KPM sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara,” katanya.
Katanya antara langkah lain yang diputuskan ialah mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.
“Langkah lain ialah menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru, iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang, bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem,” katanya.
Selain itu, Fadhlina berkata pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidian Tinggi (IPT).
Bagaimanapun, Fadhlina berkata mereka tetap perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.
KPM juga katanya akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah, selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.
Langkah ketujuh kata Fadhlina pula ialah memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.
Viral

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
03/09/2024
13:38 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.