Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2024 Dikritik Netizen? Ini Respons Ezuwan Ismail - “Dah Buat Yang Terbaik...Tak Boleh Puaskan Hati Semua Pihak...”
Pereka fesyen tanah air, Ezuwan Ismail memberi respons susulan ada netizen yang mengkritik kostum nasional Miss Universe Malaysia 2024 hasil rekaannya.
Harap orang ramai terima
Kata Ezuwan, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Namun, dia percaya bahawa dia sudah melakukan yang terbaik dan berharap agar orang ramai menerima rekaan tersebut dengan hati yang terbuka.
“Tak boleh nak puaskan hati semua pihak, sukar sebenarnya nak buat begitu.
“Saya hanya berharap orang ramai dapat menerima kostum nasional ini dengan baik, kerana saya sudah cuba yang terbaik.
“Apa yang penting adalah ini adalah momen yang bermakna buat Sandra dia yang akan memperagakan busana itu.
“Bagi saya apa yang Sandra suka dan mahukan sudah tercapai dan harap semua boleh menerima secara terbuka,” katanya ketika ditemui Gempak selepas sidang media majlis pratonton kostum nasional dan gaun malam Miss Universe Malaysi 2024 di Auditorium Menara MYEG, Petaling Jaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Berat 30KG, Dihasilkan 10 Tukang Mahir, Ezuwan Ismail Dedah Kesukaran Hasilkan Natcos Puteri Walinong Sari Miss Universe 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Walinong Sari Inspirasi National Costume Miss Universe Malaysia 2024!
ARTIKEL BERKAITAN: Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"
BERITA TRENDING: Berhabis RM500K, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa! - "Bukan Nak Kaut Untung, Saya Buat Demi ..."
Sementara itu, Ezuwan yang pertama kali terlibat dalam rekaan busana untuk ratu cantik itu turut sempat berkongsi mengenai pengalaman bekerjasama bersama Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim.
“Sepanjang kami bekerjasama lebih kurang sebulan Sandra sangat memudahkan untuk bekerja kerana tak sampai sebulan saya diberi mandat untuk menyiapkan ketiga baju.
“Boleh dikatakan kami ada chemistry, bila berjumpa dengan Sandra senang bekerja dengan dia kerana pendapat dia dan saya sama,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Sandra Lim secara rasminya telah mempersembahkan kostum nasional 'Puteri Walinong Sari' dan gaun malam dalam untuk pertandingan MISS UNIVERSE® ke-73 yang akan diadakan di Mexico City, Mexico, pada 16 November 2024 (17 November 2024 waktu Malaysia).
Proses penciptaan kostum nasional ini mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan, melibatkan pasukan yang terdiri daripada 10 tukang mahir yang bekerja dalam pelbagai aspek, dari menenun fabrik songket yang rumit hingga menghasilkan sulaman tebuk secara manual.
Malah, kostum seberat kira-kira 30 kg dan berketinggian sekitar 1.77 meter ini juga mempunyai elemen tersembunyi di mana Sandra akan mendedahkannya di atas pentas untuk melambangkan transformasi dari puteri kepada pejuang dan menunjukkan keseimbangan antara kecantikan dan kekuatan.