HIBURAN
Kos Penjagaan Lebih RM50,000, Iqbal Zulkefli Reda Kucing Kesayangan Mati - “Ini Kehilangan Besar Setelah Kehilangan Ibu Saya”
Pempengaruh dan usahawan, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa sedih apabila kucing kesayangannya yang bernama Pablo mati akibat virus Parvo.
ARTIKEL BERKAITAN:Iqbal Zulkefli Kongsi Foto Dengan Diana Danielle, Siap Letak Kapsyen ‘Sweet’ - “Terima Kasih Telah Hadir Di Sisi & Hati saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Iqbal Zulkefli Habiskan RM1 Juta Seminggu, Azhar Sulaiman Kata Angkuh, Tuan Badan Tegur - “Maafkan Saya, Abang Perlu Baca Penuh Baru Tahu Tujuan”
ARTIKEL BERKAITAN:Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu, Iqbal Zulkefli Dah Bosan Hidup Terlalu Mewah - “Beberapa Tahun lalu, Saya Boros…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Tiada RM50,000 Sebulan Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian" - Iqbal Zulkefli
ARTIKEL BERKAITAN:“Cuba Untuk Tertawa Namun Saya Gagal Berpura-Pura” - Iqbal Berubah Jadi Lebih Sensitif, Kurang Bercakap
Virus Parvo
Iqbal menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya memaklumkan keadaan Pablo sudah nazak ketika bertemu doktor.
“Kucing saya telah tiada. 5 tahun, tidak pernah sekali saya tinggalkan Pablo, kali ini mati di bawah pusat jagaan akibat virus Parvo.
“Awalnya ia murung disangkakan berpunca dari kakinya yang retak di sana. Sudah terlambat, Pablo dihantar dalam keadaan nazak ke doktor.
“Saya jadi serba salah kerana pusat jagaan sudah jaga yang sehabis baik yang mereka mampu. Rasa bersalah saya yang tinggalkan agak lama kali ini ternyata kucing mainecoon ini tidak boleh menjauh dengan saya,” jelasnya.
Kos penjagaannya yang mencecah RM50,000.
Dalam pada itu, Iqbal juga mengatakan dia sudah menyediakan kemudahan terbaik bagi keselesaan Pablo sepanjang hayatnya.
Perkara itu termasuklah dengan kos penjagaannya yang mencecah RM50,000.
“Sekarang tinggal Buya. Saya sediakan istana besar yang lengkap dengan penyaman udara dan enam jenis vitamin setiap hari.
“Makanan yang paling berkualiti dan daging organik. Saya besarkan ia sehingga punya berat 18 kilogram.
“Jujur, bukan hanya Pablo yang saya beli dengan harga RM18,000 namun penjagaannya sudah lebih RM50,000 saya perjuangkan.
“Namun, bukan ini saya kisahkan tetapi hati saya, yang sedang memujuk untuk reda. Doakan saya. Kehilangan ini kehilangan besar setelah kehilangan ibu saya,” jelasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Iqbal:
Must-Watch Video