,
Berita

"Korang Ingat Mereka Suka-Suka Nak Kena Jirus Macam Ni?" - Erry Putra Tak Dapat Sembunyikan Rasa Geram

Badrul Hashim
25/03/2020
20:26 MYT
Ahad lalu, anggota tentera dikerahkan untuk membantu Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan 'roadblock' bagi memastikan rakyat mematuhi undang-undang yang dikeluarkan supaya menghadkan perjalanan mereka.
Bantuan tentera ini menjadikan mereka sebagai frontliners untuk membantu menghentikan menyebaran wabak Covid-19.
Keletihan kaki tangan hospital dan semua yang terlibat sebagai frontliners tidak dapat disangkal lagi dengan pelbagai imej yang dikongsi di media-media sosial.
Sangat menyedihkan melihat satu video yang dikogsi oleh pelakon Erry Putra di IGTV di Instagram miliknya.
Pasukan petugas tentera terpaksa dimandikan dalam pakaian seragam mereka untuk membersihkan diri daripada jangkitan wabak Covid- 19 selepas penat bertugas seharian.
"Korg ingat mereka suka-suka nak kena jirus macam ni?
"So sama-sama jaga diri semua. 31hb dah jadi 14hb ni. Makin lama makin nak gila dah rasa. Macam duk planet lain dah ni," tulis Erry Putra melepaskan rasa kecewa dan geram dengan mereka yang tidak mematuhi undang-undang.
Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan pihak tentera akan memberikan bantuan kepada pihak PDRM untuk memastikan Arahan Perjalanan Terhad dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Malaysia Ambil Maklum Laporan Kapal Tentera Laut Asing Di ZEE

gempak
10/09/2024
05:25 MYT
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.
Berita

10 Prebet Tentera Telanjang, Dipukul & Dipaksa Berdiri Dalam Hujan Lebih 5 Jam

gempak
07/08/2024
04:55 MYT
Tentera Diraja Thai (RTA) menyatakan bahawa insiden melibatkan pegawai kanannya yang didakwa mengarahkan lebih 10 prebet untuk berdiri sambil telanjang dalam hujan selama lebih lima jam dan memukul mereka sedang disiasat, lapor saluran berita Bangkok Post.
Berita

Anggota Tentera Hilang Lebih Sebulan Ditemui Selamat

gempak
05/08/2024
07:55 MYT
Anggota Tentera Kem Terendak, Sungai Udang yang dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh keluarganya di sebuah kedai makan di Semabok, Melaka pada Ahad malam.
Berita

Anggota Tentera Kem Terendak Dilaporkan Hilang Lebih Sebulan

gempak
01/08/2024
12:25 MYT
Seorang anggota tentera dilaporkan hilang sejak 38 hari lalu selepas keluar dari rumahnya untuk melapor diri bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Viral

"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

gempak
24/07/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.