,
Laman Utama

Kontroversi Perkauman, Zul Huzaimy Terima Ugutan - "Saya Serah Semuanya Pada Pihak Berkuasa”

Mya Amri
24/11/2022
07:35 MYT
Pelakon Zul Huzaimy akui menerima ugutan susulan terpalit isu kontroversi disebabkan ucapan menyentuh isu golongan bukan muslim dan berbaur perkauman baru-baru.
Bagaimanapun kata Zul, dia menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan bersedia memberikan kerjasama dengan sebaiknya.
“Saya ada terima ugutan tetapi saya tidak boleh mendedahkan jenis ugutan tersebut kerana menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa sedang melakukan siasatan dan saya juga sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dan siasatan masih dijalankan,” katanya ketika ditemui media selepas acara pratonton filem Daddyku Gangster bertempat di TGV, Sunway Velocity pada Rabu.
Mengulas mengenai peristiwa itu, Zul berkata dia mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku.
“Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan yang adakalanya tersasar, menggunakan perkataan yang tidak bersesuaian.
“Saya tidak sukakan kontroversi, jika lihat sebelum ini pun mana ada saya buat apa-apa. Semua orang pelik kenapa Zul macam itu.
“Jadi itulah manusia… Saya harap penonton dan peminat saya memahami apa yang berlaku itu adalah lumrah sebagai manusia.
“Saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, apa yang berlaku itu adalah pengajaran untuk saya.
“Saya pada semua, mohon jangan kaitkan filem ini dengan isu politik. Saya mohon berikan sokongan terhadap naskhah ini,” jelasnya.
Terdahulu, Zul terpalit dengan kenyataan sensitif itu dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.
Kenyataannya itu dirakam oleh orang ramai kemudiannya menjadi tular sehingga pihak polis membuka kertas siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.