,
Hiburan

Konsert Ulangtahun ke-20 Butterfingers – Transcendence: Terima Kasih Butterfingers, Rindu Kami Terubat!

Fiza Kamarudin
07/11/2019
09:58 MYT
Tiada apa yang dapat diungkapkan selepas menonton Konsert Ulangtahun ke-20 Butterfingers – Transcendence yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, malam Sabtu lalu.
Persembahan hebat Butterfingers yang dianggotai Emmet (vokalis), Loque (pemain gitar), Loko (pemain dram) dan Kadak (pemain bass) akan menjadi memori indah buat peminat atau lebih mesra dipanggil 'Royal Butters'.
Awal-awal lagi peminat Grunge (semestinya) tidak menyangka sambutan luar biasa diberikan terhadap konsert sempena sambutan ulang tahun 20 tahun album ketiga kumpulan itu. Stadium Melawati dibanjiri 8,500 peminat yang sudah mula beratur seawal jam 6 petang, malah ada yang berada di sana lebih awal untuk mendapatkan ‘merchandise’ Butterfingers!
Belum apa-apa lagi dah nampak kehebatan mereka apabila diberitahu ‘merchandise’ habis terjual seawal jam 4 petang.
Mengulas mengenai persembahan mereka pada malam itu bermula dengan persembahan pembukaan dan lagu Chemistry, sudah membuatkan penonton bersorak dan ikut sama menyanyi. Diikuti dengan lagu-lagu seperti Epitome, Meltdown, Mermaid, Doomsday, Faculty Of The Mind, Weird, Girl Friday, Fire is a Curse dan Stolen, yang membawa peminat kembali ke zaman kemuncak Butterfingers di era 90an.
Konsert semakin hangat apabila peminat di zon berdiri mula menari dan melakukan aksi ‘moshpit’ di hadapan pentas.
Persembahan turut diselang-selikan dengan video komentar daripada kenalan rapat Butterfingers yang terdiri daripada orang-orang dalam industri.
Bagaimanapun keterujaan peminat terhenti seketika apabila Kadak terpaksa menghentikan persembahannya kerana mengalami sesak nafas di belakang pentas. Tidak terhenti di situ, persembahan diteruskan tetapi hanya secara akustik daripada Loque, Loco dan Emmet tanpa petikan gitar bass.
Sungguhpun berlaku sedikit ‘masalah’ namun ia tidak mencacatkan persembahan Butterfingers, malah peminat tetap puas!
Cuma mungkin insiden seperti ini boleh dijadikan pengajaran kepada artis lain pada masa akan datang supaya bersedia dengan ‘plan B’.
Ya, mungkin jika disediakan sessionist sebagai ‘back-up’ mungkin momentum konsert tidak akan tersentak.
Tapi, yeah! Butterfingers tetap berjaya mencipta memori indah buat peminat-peminat mereka sepanjang tiga jam konsert berlangsung.
Foto: Shafiq Shahar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.