,
Hiburan

Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor Mega! Hampir 2 Ribu Peminat Enjoy Dengan Koleksi Lagu ‘Sing Along’ - “Saya Selalu Ada Rasa Ketakutan…”

Asyikin Mayudin
14/10/2024
09:55 MYT
Hampir dua ribu peminat menikmati momen Jaclyn Victor First Solo Concert yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu sempena 20 tahun penyanyi itu berada dalam industri seni.

Tak anggap diri bagus

Menghiburkan peminat dengan 23 buah lagu, Jaclyn mendedahkan pada mulanya dia berasa kurang yakin untuk mengadakan konsert solo pertamanya memandangkan tidak menganggap dirinya begitu bagus dalam industri.
“Mungkin kalau dulu, orang suruh saya masuk GV, saya rasa tak nak sebab fikir nanti kalau kalah macam mana. Saya ada rasa ketakutan macam kalau kita buat konsert, kang tiba-tiba tak ada orang, lepas itu kena batalkan macam mana.

“Saya selalu ada rasa ketakutan itu… bukan rasa takut ditolak, tapi hanya ketakutan. Saya bukan menipu, sejujurnya saya tak rasa diri saya sangat besar sebab saya tahu di mana tempat saya dalam industri.

“Saya hanya mahu menyanyi, jadi… saya tak rasa diri bagus, saya hargai kawan-kawan yang memang hebat. Buat konsert, sold out terus. Saya tumpang gembira.
“Mungkin saya ini seorang yang kurang keyakinan,” kata Jaclyn kepada Gempak sebaik sahaja selesai membuat persembahan di konsertnya yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Gementar awal konsert

Menurut Jaclyn, dia juga berasa gementar pada awal pembukaan persembahannya namun dapat tenaga selepas melihat sokongan daripada peminat yang hadir.
“Salah satu sebab saya agak risau sebab semua lagu saya kebanyakkan memang tinggi-tinggi. Saya tak nak hampakan peminat, sebaik yang mungkin saya mahu nyanyikan dengan key yang sebenar.

“Tapi saya rasa semangat daripada peminat itu ada, memang naik la. Saya rasa syukur… biasala awal-awal rasa gementar dengan sejuk lagi, tekak rasa kering saja. Saya rasa syukur yang semua berjalan lancar,” ujarnya.

Konsert solo pertama Jaclyn berlangsung selama dua jam dengan pembukaan lagu yang pernah dinyanyikan di pentas Gegar Vaganza (GV) iaitu When You Believe dan It’s All Coming Back To Me Now.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Baharu - "Sebelum Ni Dia Kata Tak Nak ..."

Bukan itu sahaja, Jaclyn turut membawa rakan-rakan baiknya ke atas pentas iaitu Siti Nordiana dan Hael Husaini bagi mempersembahkan lagu duet mereka.
Kemeriahan konsertnya bertambah lagi dengan kemunculan 3 Suara iaitu Jaclyn, Shila Amzah dan Ning Baizura menyanyikan lagu popular mereka berjudul Semua Isi Hatimu, Dimana Dimana serta Beribu Sesalan.
Jaclyn turut menyampaikan lagu-lagu popularnya antaranya Sesal Tak Bermakna, Jagalah Diri, Cinta Tiada Akhirnya, Koleksi Gemilang, Ikut Rentakku dan Gemilang.
Lagu Bollywood dan tarian Bole Chudiyan dan Tunak Tunak Tun menjadi penutup konsert 20 tahun Jaclyn Victor dalam industri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One 2024: "Suara power!" - Anak Didik Adira Juara Minggu Pertama, Siap Dapat Pujian Awie

gempak
20/09/2024
21:55 MYT
Program The Chosen One 2024 telah pun membuka tirainya dengan lapan persembahan hebat daripada peserta terpilih.
Hiburan

Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."

gempak
06/06/2024
08:55 MYT
Setelah 20 tahun dalam industri, akhirnya penyanyi Jaclyn Victor bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang disifatkan sebagai hadiah selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!

gempak
04/05/2024
09:23 MYT
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Udang Masak Tempoyak & Agar-Agar Gula Melaka, Jaclyn Victor Puji Masakan Sherry Alhadad!

gempak
22/03/2024
09:55 MYT
Jaclyn puji masakan Sherry!
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Jac Tak Try Hard Untuk Overshadow Sesiapa" - Syafinaz Selamat

gempak
11/12/2023
05:47 MYT
Well deserved!
BorakSeeni