,
Laman Utama

Konsert Shreya Ghoshal Ditunda Ke Tahun Depan, Luluh Hati Peminat - "Hotel Dah Book, Datang Dari Jauh... "

Amri Hassan
04/12/2022
07:45 MYT
Peminat kepada penyanyi playback tersohor India, Shreya Ghoshal meluahkan rasa kecewa apabila konsert yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember hadapan terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
BACA: Shreya Goshal Datang Balik Berkonsert Di KL Disember Ini! Peminat Dah Super Excited - "Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza Ker?"
Menerusi hantaran di media sosial rasmi penganjur Shreya Ghoshal Live In KL 2022, Shiraz Projects, tarikh baharu akan diumumkan kelak.
"Kami dengan rasa dukacitanya memaklumkan Shreya Ghoshal Live In KL di Plenary Hall, KLCC yang dijadualkan pada 10 Disember 2022 terpaksa ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak kerana masalah yang tidak dalam dielakkan.
"Makluman tarikh baharu akan diumumkan pada awal minggu hadapan.
"Kami memohon maaf atas perkara terbabit dan mengalu-alukan kedatangan kalian ke konsert Shreya pada tahun hadapan," maklum Shiraz.
Di ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa kecewa apabila tidak dapat mengubat kerinduan menyaksikan penyanyi bersuara buluh perindu itu.
"Tolonglah bagitahu kami kepada tunda?
"Janganlah clash dengan konsert AR Rahman pada Januari depan, atau kembalikan semula wang kami kerana tidak semua menetap di KL.
"Bagitahu kami kenapa sebab kami datang dari Kelantan. Kalaulah kurang sambutan, tukar saja ke tempat lebih kecil.
"Saya tahu sukar untuk menerimanya tapi pastinya kita akan menikmati persembahan luar biasa tahun hadapan. Bertabahlah Malaysia!
"Saya dah book hotel untuk konsert kali ini. Tolonglah reschedule secepat mungkin," demikian luahan beberapa pengguna di media sosial.
Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.
Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serbaboleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.
Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.