,
Berita

Konsert Rockstar dan Metal Legend II Cromok Bakal Setanding Metallica!

Elrafaei Sapi
27/06/2018
10:15 MYT
Peminat rock dan metal tempatan bakal menyaksikan dua konsert terbesar, Konsert Rockstar dan Konsert Metal Legend II Cromok menampilkan sistem bunyi setanding konsert antarabangsa seperti pernah dipersembahkan band metal terkenal, Metallica.
Penganjur konsert kali ini menyatakan kedua persembahan ini akan menggunakan teknologi sistem bunyi tercanggih, 5.2 surround yang pertama kali dipersembahkan kepada khalayak pada dua malam itu nanti.
Menariknya, dua speaker Infra Sub Bass digunakan untuk membawa penonton merasai muzik sebenar seperti bunyi dram dari kiri ke kanan.
Difahamkan, kehebatan teknologi baru ini pernah digunakan dalam konsert Metallica sebelum ini.
Bagi memberi kepuasan kepada peminat yang hadir menonton, sistem bunyi ini juga meletakkan speaker di kiri dan kanan termasuk speaker Sub Bass dan tambahan lampu LED dan enam kamera yang berfungsi untuk memfokuskan syot terbaik pada persembahan itu nanti.
Penganjur memaklumkan kedua konsert ini bertujuan untuk mempromosikan Pelancongan Johor dan menjana pendapatan buat artis yang terbabit.
Konsert Rockstar anjuran D Grand Stage Event menampilkan Ratu Rock Negara, Ella bersama kumpulan Prime Domestic pada 7 September depan manakala band metal terunggul, Cromok pula beraksi bersama Sil Khannaz menerusi Konsert Metal Legend II anjuran Dream Stage pada 8 September.
Anggota Prime Domestic, Joe menyatakan perasaan teruja untuk berkongsi pentas dengan Ella dan memberitahu sesuatu kejutan akan berlaku pada malam persembahan mereka nanti.
Bagi Ella, konsert ini dianggap suatu yang luar biasa sambil mengharapkan peminat tidak melepaskan peluang hadir berhibur bersama mereka.
Kedua konsert ini akan berlangsung di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

Lepas 21 Tahun, Ella Syukur Standing in The Eyes of The World Masih Melekat Di Hati Rakyat Malaysia – “Dengar Terus Jatuh Cinta"

gempak
31/08/2024
08:48 MYT
Ratu rock Malaysia, Ella merasakan dirinya begitu bersyukur kerana memilik lagu popular ‘Standing in The Eye of The World’ dan sering menjadi siulan setiap kali menyambut hari kemerdekaan atau pada musim sukan.
Hiburan

Suami Ella Payung Lagu 'Mendung Tak Bererti Hujan', Ironi 'Perpisahan' 9 Tahun Sebelum Berkahwin

gempak
10/08/2024
09:00 MYT
Suami kepada ratu rock negara, Ella, Kapten Azhar Ghazali, memberitahu lagu Mendung Tak Bererti Hujan yang dinyanyikan bersama isteri tersayang di konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia punyai maksud tersendiri.
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.