,
Laman Utama

Konsert Perdana Ogos Ini Di Malaysia, Kunto Aji: “Siarkan Khabarnya”

Maliah Surip
27/07/2022
10:50 MYT
Penyanyi yang begitu mendapat tempat istimewa dalam kalangan peminatnya, Kunto Aji akhirnya bakal masuk ke Malaysia.
Terima kasih kepada Shiraz Project yang merealisasikan impian peminat penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ke ibu kota.
Kunto Aji dijadualkan mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.
Seperti mana teruja peminatnya, Kunto Aji menerusi kemas kini di akaun Instagramnya mahu khabar kedatangan ke Malaysia dihebahkan.
“Saya datang Malaysia, siarkan khabarnya,” tulis pemilik album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) tersebut.
Pemenang Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik-Terbaik serta Artis Solo Pria/Wanita Alternatif Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2019 itu dijangka membawakan hitnya termasuk Rehat dan Pilu Membiru.
Sementara itu, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects berkata selepas kejayaan Fabulous Friday: Wings, mereka berasa ini merupakan masa yang sesuai untuk menampilkan Kunto Aji yang menjadi kegilaan ramai di Indonesia.
“Kami sangat bersyukur dan teruja dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap Fabulous Friday: Wings yang berlaku dua hari pada Julai lalu.
“Untuk sesi kedua, kami dengan bangganya untuk mempersembahkan Kunto Aji yang kami rasakan sangat sesuai dengan selera dan kehendak para penonton kini. Muzik Kunto Aji yang berkualiti dan melodinya yang cukup kuat dirasakan sesuai berkumandang di sebuah tempat berprestij seperti Dewan Filharmonik Kuala Lumpur, “ujar Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects.
Tiket-tiket Fabulous Friday: Kunto Aji akan mula dijual bermula hari Khamis, 28 Julai 2022 bermula pukul 10 pagi di www.dfp.com.my.
Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM525 (Meet & Greet), RM325 (diamond) dan RM225 (platinum) untuk menikmati malam tersebut.
FABULOUS FRIDAY: KUNTO AJI Tarikh Venue Harga tiket Tiket Contact Info Hotline Laman Web Facebook Instagram : 19 Ogos 2022, Jumaat : Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur : RM525 (Meet & Greet) : RM325 (Diamond) : RM225 (Platinum) : www.dfp.com.my : 03 23317510 : 012 2560082 : www.shirazprojects.com : fabulousfriday : fabulousfriday_shw
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.