HIBURAN
Konsert Muzik Harmony Charly Van Houten Gamit Nostalgia, Hanyutkan Emosi Penonton!
Malam minggu lalu sekali lagi menjadi momen bersejarah buat lebih kurang 3,000 penggemar tegar penyanyi Indonesia Chary Van Houten apabila berpeluang menjadi saksi Konsert Muzik Harmony Charly Van Houten yang cukup energetik.
Pada permulaan konsert, penonton dihiburkan dengan persembahan penyanyi yang pernah menjadi peserta program ‘Big Stage’ musim keempat pada 2022, Tegar Septian dengan dengan lagu Mengharapkanmu, Rindu Ibu dan lagu popularnya, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut membawakan putera sulung Charly yang mempersembahkan lagu Lirih, Dan Ku.

Kemudian muncul pula Angga Candra mendendangkan lagu 'Sampai Tutup Usia' dan lagu hitsnya, 'Sekecewa Itu'.

Tidak hanya itu, konsert ini juga dihangatkan lagi dengan kehadiran, penyanyi Happy Asmara yang tampil dengan lagu Ngopi Maszeh, Terlalu, dan Rungkad.

Kira-kira jam 10 malam, bintang utama muncul dari bawah pentas dan memulakan persembahan dengan lagu Asmara.
Sepanjang konsert, Charly meninggalkan kesan ‘galau’ kepada peminat yang hadir dengan seleksi lagu popularnya, Aku Terjatuh, Jangan Pernah Berubah, Aku Masih Sayang, Kehilangan, Jangan Pernah Bersedih dan Saat Terakhir.

Bintang berusia 42 tahun itu juga sempat turun ke bawah pentas bagi menyapa semua peminatnya.
“Boleh saya ke belakang untuk menyapa anda semua. Malam ini saya tidak mampu berdiri di sini kerana sokongan peminat di Malaysia sangat kuat. Terima kasih kerana setia menyokong saya,” katanya yang kemudian mendendangkan lagu “Putri Iklan”.

Lebih bermakna, Charly juga mendendangkan beberapa lagu-lagu Malaysia seperti lagu Iklim, Bukan Ku Tak Sudi dan Gerimis Mengundang dari kumpulan Slam serta Isabella.
Menutup malam dengan cemerlang, Charly yang sebelum ini mencipta nama dengan kumpulan ST12, meletakkan lagu KebesaranMu sebagai penutup konsert.
“Malaysia menjadi negara yang saya sayangi. Di sini lebih tertib dan bahagia. Mari kita sama-sama bertakbir sempena menjelang bulan Ramadan ini. Semoga perjalanan kehidupan ini menjadikankan kita manusia yang berkat,” katanya.
Must-Watch Video