,
Hiburan

Konsert Milenia Diteruskan! Kini Di Zepp Kuala Lumpur

Mya Amri
31/12/2023
12:50 MYT
Konsert Milenia yang tertunda sebanyak tiga kali sebelum ini bakal diteruskan di Zepp Kuala Lumpur pada Januari depan.
Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, pihaknya tetap berusaha meneruskan konsert meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran selepas tiga kali ditangguhkan.
"Kami berdepan cabaran besar mengenai perang persepsi kerana faktor keadaan dan situasi semasa. Ia terpaksa ditunda atas permintaan pihak berwajib yang tidak dapat mengeluarkan permit hiburan sementara pada tarikh sebelum ini.
"Meskipun kapasiti penonton di Zepp Kuala Lumpur bukan berskala besar seperti Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, namun konsert ini perlu direalisasikan.
“Ini kerana memperjuangkan dan mengangkat serta memartabatkan irama muzik dangdut adalah keutamaan kami.
“Konsert ini juga mahu membuktikan corak persembahan tidak boleh keterlaluan, cara persembahan yang perlu mengikut spesifikasi garis panduan Puspal.
“Dengan perubahan tempat dalam skala yang lebih kecil dari perancangan asal sudah pasti mempunyai pelbagai perubahan strategi termasuklah perubahan harga.
“Di sini juga kami Ingin memaklumkan bahawa Siti Badriah dan Fitri Carlina tidak dapat turut serta kerana tarikh yang bercanggah dengan jadual mereka di Jakarta pada tarikh tersebut,” jelasnya.
Konsert yang membawa Ratu Dangdut Malaysia Amelina dan Mas Idayu itu di jadualkan berlangsung pada 27 Januari 2024.
Konsert ini menggabungkan dua lagenda dangdut tanah air untuk menghiburkan semua peminat dangdut dengan lagu-lagu hits mereka yang pernah popular suatu ketika dulu.
Kehadiran artis dangdut sensasi Baby shima sudah pasti menggamatkan lagi Konsert Milenia bersama Ani Maiyuni yang bakal mendendangkan lagu Dasar Buaya Cinta yang trending di Tiktok baru baru ini.
Seperti yang telah semua maklum Konsert Milenia adalah gabungan kerjasama Malaysia dan Indonesia, untuk mengeratkan lagi jalinan genre dangdut di antara dua negara.
Artis popular Indonesia seperti Hesty Klepek-Klepek, Rheyna Morena dan Thomas Arya juga turut menjalinkan kerjasama.
Konsert Milenia juga akan mempersembahkan sentuhan DJ Dugem yang akan memainkan lagu-lagu trending di TikTok dalam irama dugem sudah pasti membawa sebuah kelainan dari konsert yang lain.
Terdapat lima tier zon yang dijual dengan harga Early Bird iaitu Standing Milenia RM 219.00 (berdekatan dengan stage).
Zon Standing Koplo RM 199.00, Zon VIP Seating Gold RM 279.00 (Termasuk Meet And Greet dan free Merchandise), Zon Free Seating Diamond RM 239.00 manakala Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, free merchandise dan buffet dinner serendah RM 4499.00 dan kini semua peminat boleh membuat pembelian segera di ticket 2u.com
Pihak penganjur juga memaklumkan pembeli tiket sedia ada sebelum ini akan dimaklumkan mengenai kedudukan Zon baru yang akan ditempatkan menggantikan Zon lama melalui email masing-masing.
Terdahulu, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 November lalu ditangguhkan bagi menghormati penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.