,
Laman Utama

Konsert Band Bandung Juicy Luicy Di KL 25 Jun Depan - "Peminat Boleh Pilih Lagu ..."

Amri Hassan
09/05/2023
13:32 MYT
Kota Bandung di Jawa Barat digelarkan sebagai kota seni yang penuh keterampilan dan memberi inspirasi. Buktinya, begitu ramai seniman dan penggiat seni di Indonesia adalah berasal dari Bandung.
Lebih sedekad yang lalu, muncul sekumpulan anak muda yang tampil dengan muzik popular kontemporari. Muzik berasaskan jazz dan bernuansakan eklektik memberikan karakter pada persembahan mereka.
Variasi penggunaan instrumen ‘brass’ dan ‘horn’ seperti saxophone memberi kelainan dan berjaya menambat telinga pendengar dengan single pertama mereka ‘Aku Cinta Dia Yang Cinta Pacarnya’ pada 2015.

Konsert solo Malaysia

Ditubuhkan secara rasmi pada 2012, kumpulan yang dinamakan JUICY LUICY ini adalah terdiri dari Julian Kaisar (vokal), Denis Ligia (gitar), Zamzam YM (saxophone), Dwi Nugroho (drums), dan Bina Bagja (bass).
Vokalis Julicy Luicy Julian Kaisar mengatakan ini adalah konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur, dan Juicy Luicy band dalam fasa persiapan konsert di Kuala Lumpur.
Perbincangan pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan, senarai lagu lagu hits mereka khas untuk fans di Malaysia dengan arrangemen “live” yang sesuai untuk peminat menyanyi bersama-sama.
"Kami akan menyampaikan rangkaian lagu lagu hits seperti Jangan Tergesa, Lantas, Tampar, Mawar Jingga, Terlalu Tinggi dan lain lain lagi, khusus buat mengubat kerinduan peminat setianya di sini.
"Jika ada peminat yang ingin kami menyampaikan lagu kegemaran mereka, boleh tinggalkan komen di akaun Instagram @miebirdprojects supaya kami boleh pertimbangkan lagu itu nanti," katanya.
Denis Ligia pemain gitar Juicy Luicy pula berkata, mereka sudah lama menanti peluang untuk menghiburkan peminat di Malaysia yang juga penyokong kuat mereka sejak awal penubuhan Juicy Luicy.

Karya jujur untuk peminat

Denis menambah, mereka perlu terus berkarya dan menghasilkan karya yang jujur buat peminat.
"Karya yang jujur perlu lahir dari hati. Kami akui persaingan dari kumpulan lain cukup besar di Indonesia tetapi setiap kumpulan ada kelebihan dan tarikan tersendiri dan peminat pun ada band kegemaran mereka," katanya.
"Kalau bukan berkat kamu semua, tidak mungkin kami akan membuat persembahan di sini. Tentunya ini sangat membahagiakan bagi kami dimana salah salah satu tujuan Juicy Luicy adalah bisa bermain di luar negeri dan itu akhirnya bisa terwujud.
"Kami pasti akan lebih bersemangat untuk terus berkarya dan menghibur fans di Malaysia” jelas Julian sang vokalis.
JUICY LUICY adalah satu jenama muzik baru di Malaysia. Lagu mereka terkesan di hati pendengar dengan muzik yang kontemporari, lirik yang ringkas namun bermutu dan imej mereka yang bersih dan penuh gaya.
Kedatangan mereka ke Kuala Lumpur tahun ini dijangka akan membangkitkan satu gelombang muzik yang pasti menarik ramai para pendengar dan peminat mereka di Malaysia.
JUICY LUICY akan mengadakan persembahan konsert solo mereka di Zepp KL pada 25 Jun 2023, Ahad jam 8:30 malam.
TIKET: Cat 1 - LANTAS - RM 145.00 (Free Standing) Cat 2 - MAWAR JINGGA - RM 245.00 (Premium Seat) Cat 3 - TANPA TERGESA - RM 195.00 (Normal Seat) VIP BOX - SAYANGNYA - RM 365.00 - *Per pax(*8Pax per box) Meet & Greet - RM 115.00 - Poster + Tag
Tiket konsert boleh didapati di laman web www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tiket konsert, boleh menghubungi talian hotline 011 1329 7822 (WhatsApp sahaja)
I k u t i l a m a n s o s i a l m e d i a @miebir dpr ojec ts d a n l a m a n w e b www.miebirdprojects.asia untuk info terkini acara konsert JUICY LUICY. SENTIMENTAL Live in Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.