Laman Utama
Konon Casting Jadi Pelakon, Scammer Jaja Nama Akmal Ahmad Untuk Pikat Gadis Hantar Foto Lucah
Pelakon Akmal Ahmad meluahkan rasa kesal apabila namanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi pengguna media sosial atas alasan ujibakat lakonan.
Lebih mengecewakan apabila individu berkenaan menjaja namanya untuk mengumpan gadis termasuk meminta foto lucah.
Kata pelakon filem Pulang itu, dia terkejut apabila dimaklumkan berkenaan hal terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya untuk tujuan tidak bermoral itu.
“Saya dapat tahu pagi ni melalui seorang kenalan yang menghantarkan screenshots dan tanya saya sama ada saya kenal atau tak dengan orang ni. Setakat ini, saya telah membuat penafian di Instagram dan Facebook serta laporan polis juga akan menyusul,” ujar Akmal kepada Gempak.
Menerusi perkongsian itu, scammer tersebut telah menuduh pernah makan bersama Akmal sebelum meminta foto lucah wanita berkenaan.
Jelas Akmal lagi, dia mohon agar orang ramai tidak membuat pelbagai andaian yang negatif terhadapnya gara-gara scammer terbabit.
Akmal juga menitipkan pesan kepada sesiapa yang menjadi mangsa scammer untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil tindakan dengan segera.
“Kita tak salah. Jadi buat post penafian di media sosial dan laporan polis juga jika perlu. Saya tak akan maafkan orang yang fitnah saya kerana biarlah ini jadi saham akhirat saya,” ujarnya lagi.
Must-Watch Video