HIBURAN
Kongsi Video Pakai Bengkung, Warganet Puji Atikah Suhaime, Masih Berpantang Ikut Tradisional - “Memang Mujarab…”
Berpantang menggunakan cara tradisional, pelakan dan usahawan Atikah Suhaime berjaya mendapat perhatian netizen.
Pakai bengkung
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dilihat memakai bengkung sambil dibantu oleh ‘confinement lady’ atau CL.
“Bila dah pakai bengkung, rasa macam Rozita Che Wan pulak. Cantik badan,” katanya dengan nada seloroh.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Atikah yang dianggap masih mengamalkan tradisi lama untuk kembalikan bentuk badan seperti dahulu.
Selain itu, warganet tumpang gembira melihat proses berpantang Atikah yang dibantu CL secara tidak langsung menjaga mental daripada ‘angin meroyan’.
“Bagus la tika ni masih mengamalkan tradisi berpantang tradisional.
“Fuhhh good dear. Memang padu cara tradisi!Teruskan.
“Pernah pakai bengkung gini. Memang mujarab. Lebih mujarab lagi kalau ada yangg pakai kan,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru Lahirkan Anak, Netizen Dah Komen Fizikal & Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural - “Saya Tak Keluar Dari Hospital Lagi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Kongsi Detik ‘Meneran’ Waktu Bersalin - “Hampir Putus Asa, Saya Ingat Lyla Mulan Tak Boleh Keluar”
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Selamat Bersalin, Pilih Nama Lyla Mulan Teh - “Alhamdulillah, Anak Mami Yang Cantik”
Sekadar info, Atikah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Lyla Mulan tEH di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada 8 Mac lalu.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Must-Watch Video