VIRAL
Kongsi Video Dalam Keadaan Sebak, Eva Noza Dakwa Sudah Berpisah Dengan Abang Viva - “Saya Tak Sanggup Nak…”
Nama Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kembali menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila bekas isterinya, iaitu Eva Noza Zakaria seakan memberi bayangan mereka sudah berpisah.
Bercakap buruk
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Eva memberitahu dia tidak sanggup untuk bercakap buruk tentang seseorang yang pernah berada dalam hatinya.
Malah, Eva juga menghargai individu tersebut memandangkan mereka pernah bersama sebagai suami isteri.
“Saya tak sanggup nak mengata orang yang pernah berada di hati saya walaupun sekarang ini kita orang tak ada apa-apa tapi jauh di sudut hati saya, saya masih hargai dia la.
“Sebab dia bukan berada sebagai musuh saya. Saya tak tahu macam mana orang sanggup untuk mengata orang yang pernah tidur dengan dia,” katanya dalam keadaan sebak.
Tempoh Iddah
Menganggap Abang Viva pernah menjadi sebahagian hidupnya, Eva berharap semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menjalani tempoh Iddah selain perlu mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
“Beliau pernah jadi sebahagian dalam hidup saya… saya hargai cuma saya nak berpisah cara baik. Harap beri saya ruang untuk saya jalani tempoh Iddah.
“Dalam masa yang sama saya perlu cari rezeki untuk kelangsungan hidup saya dan anak-anak,” katanya lagi.
Pada tahun lalu, Eva pernah mendakwa Abang Viva bermesej dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Menerusi pendedahan itu, Eva turut mendakwa suaminya dan wanita tersebut sering bercakap buruk mengenainya di perbualan mesej antara mereka.
Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.
Sekitar April 2023, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga
@evanozadsini2 Harap beri saya ruang utk saya jalani tempoh eddah dan dlm masa yg sama saya perlu cari rezeki utk kelangsungan hidup saya dan ank2🙏🏻♬ Cinta Terbaik Cassandra Cover Julia Choirani - Favoritqu
Must-Watch Video