,
Berita

Kongsi Sejadah Panduan Solat, Usaha Sarah Hildebrand Bimbing Suami Dipuji

Syafiqah Jalal
23/11/2020
12:03 MYT
Membimbing pasangan yang baru memeluk Islam bukan perkara yang mudah, selepas pelakon Lana Nordin mendapat pujian warga maya kerana usahanya membawa ustazah ke rumah untuk mengajar suaminya sembahyang, kini giliran pelakon Sarah Hildebrand pula melakukan hal sama.
Perkongsian pelakon Sarah Hildebrand tentang sejadah yang mempunyai panduan solat telah mendapat perhatian netizen.
Foto suaminya, Otto Gillen yang sedang duduk di atas sejadah itu dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Sarah, dia tidak berniat untuk mempromosikan sejadah tersebut, namun perkongsian itu lebih kepada memberi manfaat kepada yang baru hendak belajar solat seperti mualaf atau kanak-kanak.
“Ini bukan iklan berbayar dan saya juga tidak menjual produk ini, tetapi saya hanya berkongsi untuk mereka yang berminat membeli tikar sembahyang ini untuk rakan mualaf, anak-anak, atau untuk seseiapa yang ingin belajar serta perbetulkan solat mereka,”katanya.
Ia telah mendapat perhatian pengikut laman sosial tersebut apabila rata-rata memuji usaha Sarah membimbing suaminya yang baru memeluk Islam pada tahun lalu.
“Alhamdulillah bagus usaha Sarah untuk membantu suami ke arah Islam. Tak apa biar lambat janji ada usaha dan ikhtiar nak bantu, muslim baru seperti Otto,” puji salah seorang pengikutnya.
“Semoga pahala untuk sarah dan keluarga,” komen salah seorang netizen.
“Alhamdulillah moga terus istiqomah dan Allah permudahkan jalan mencari ilmu Allah ini,” kata salah seorang warganet.
Pada Oktober lalu, Sarah me­nerima kecaman daripada netizen selepas mengambil keputusan untuk kembali ke imej asalnya yang tidak lagi memakai tudung.
Sarah dan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.