VIRAL
Kongsi Rutin Mandi Bunga Bila Balik Kelantan, Masih Ada Netizen Keliru Dengan Agama Mek Yun - “Baru Tahu Dia…”
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mek Yun berkongsi rutin dia dan keluarganya setiap kali pulang ke kampung halaman di Kelantan.
Kepercayaan mandi bunga
Menerusi perkongsian di TikTok, Mek Yun dan keluarganya berada di Wat Siam, untuk melakukan ’ritual’ mandi bunga yang merupakan kepercayaannya dalam agama Buddha.
“Sekali kali Mek Yun dan keluarga balik kampung di Kelantan, kami akan mandi bunga di Wat Siam. Dalam agama kami, agama Buddha belah Siam, ritual mandi bunga dipercayai membawa kesejahteraan.
“Membuang aura negatif dan membuka rezeki. Sebelum mandi bunga, Sami akan membaca doa dan memberkati air bunga itu. Ada juga yang amu oercaya akan menaikkan lagi seri.
“Selepas mandi bunga, kami akan memberi sumbangan kepada Sami sebagai tanda penghormatan dan untuk menambah pahala, Tamboon,” kongsinya.
Rata-rata netizen memuji Mek Yun yang dilihat menutup bahagian dadanya dengan kain biarpun hanya berkemban selain tidak menunjukkan rakaman memperlihatkan dirinya sedang mandi bunga.
ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun Gembira Berjaya Puasa Penuh Sehari, Teruja Tunggu Azan Berbuka - “Bukan Senang Tapi Saya Sedar Satu Benda…”
ARTIKEL BERKAITAN: Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”
Bagaimanapun, masih terdapat segelintir netizen yang keliru dengan agama yang dianut oleh Mek Yun selain ada yang berfikiran pempengaruh itu beragama Islam.
Namun ada netizen yang tolong membalas komen-komen tersebut dengan menjelaskan Mek Yun bukan Muslim sebaliknya dia sekeluarga beragama Buddha.
@mekyunnnn Korang pernah dengar tentang Mandi Bunga? 🥹🌸 Dalam budaya kami yang beragama Buddha-Siam, mandi bunga dipercayai membawa ketenangan jiwa, menyucikan diri, dan membawa kesejahteraan. Ia juga dikatakan boleh membuang aura negatif dan membuka rezeki! 🥰♬ original sound - Mekyun
Must-Watch Video