,
Hiburan

Kongsi Rezeki! Pak Nil Edar 600 Bingkisan Raya Untuk Wira Jalanan - "Mereka Terdedah Kepada Risiko Penyakit & Kemalangan..."

Amri Hassan
16/04/2023
11:27 MYT
Meneruskan tradisi setiap kali tibanya bulan keberkatan Ramadan, pengacara tersohor Datuk Aznil Nawawi bersama syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz tampil berkongsi rezeki kepada wira jalanan di sekitar Shah Alam.
Kata Aznil yang juga duta kepada jenama Eskayvie, pihaknya sangat menyokong usaha murni serta keprihatinan jenama itu terhadap keselamatan dan kesihatan ‘rider’.
“Saya berharap program seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan.
“Sekali gus tanpa mengira apa juga bidang tugas dan kerjaya masing- masing,” kata Aznil.

Tanggungjawab sosial

Sementara itu, kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, usaha murninya bersama Pak Nil itu sebagai inisiatif keprihatinan sosial mereka.
"Program Bingkisan Raya Rider 2023 ini adalah hasil kerjasama bersama Yayasan Eskayvie. Ia merupakan salah satu cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan.
"Sabda Rasulullah SAW bahawa: Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain," ujarnya.
Program yang bermula dari pukul 8 hingga 10 pagi itu memberikan sokongan dan bantuan kepada lebih 600 ‘Rider’ e-hailing penghantar makanan atau bungkusan di ibu pejabat mereka di Seksyen 13, Shah Alam.

Tugas mulia

Kata Kartika Wati lagi, tugas ‘rider’ yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.
“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.
"Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu di dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Jika badan sihat, pastinya tugas dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” kata Kartika lagi.

Bekalan tenaga rider

Selain sumbangan berbentuk duit raya dan juadah raya dalam program berkenaan, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga ‘rider’.
“Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie.
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk telah membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan keperluan pengguna.
“Adalah diharapkan agar program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang di dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.
“Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada ‘rider’ dan masyarakat yang memerlukan” kata Dr Syid Ayob.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.