HIBURAN
Kongsi Rezeki Dengan Keluarga, Netizen Puji Sikap Pemurah Kak KM - “Dia Tak Kedekut Rezeki Sebab Itu…”
Usahawan sensasi, Kak KM berjaya menarik perhatian warganet apabila berkongsi rezeki bersama keluarganya yang bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.
Menerusi satu hantaran di Tiktok, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli telah memberikan wang perbelanjaan dipercayai sebanyak RM1,000 setiap seorang.
"Saya nak bagi duit belanja, tak banyak pun.. manalah tahu dekat sana teringin nak makan ice-cream ke,” ujarnya.
Pada masa sama, usahawan jamu itu juga turut mendoakan agar urusan ibu dan adik-beradiknya di Mekah dipermudahkan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen meninggalkan komen memuji perbuatan Kak KM kerana sering berbakti kepada keluarganya.
“Sebab tu Kak KM murah rezeki.
“Kak KM tak kedekut rezeki sbb tu muka berseri-seri selalu, cantik.
“Suka tgk Kak KM layan famly dia.. jeles tgk org lain rapat famly adik beradik🥲 pernh jumpa kak km dia suka puji org cntk.. soft spoken❤️
“Alhamdulillah..baiknya Kak KM..semuga terus dimewahknn rezeki.
“Kak KM moga lagi banyak rezeki,” komen netizen.
Sekadar info, bukan sekadar terkenal sebagai usahawan sensasi bahkan Kak KM juga terkenal sebagai seorang yang sangat mementingkan keluarga.
Antara barangan yang pernah diberikan kepada keluarganya adalah Emas seberat 40g dan kereta untuk ibunya, Normah Damanhuri dan sebiji rumah untuk anak-anaknya iaitu Rania, Nabila dan Faris.
Must-Watch Video