,
Laman Utama

Kongsi Cerita 5 Hari Dalam Lokap, Safiey Illias Tak Tumbuh Misai Pun - "Walau Tak Mandi, Tetap Kena Pose!"

Amri Hassan
17/06/2021
08:50 MYT
Usahawan kosmetik dan penyanyi, Safiey Illias mengakui sudah dibebaskan selepas ditahan reman selama lima hari.
Kongsi Safiey menerusi sesi siaran langsung pada Rabu, dia memaklumkan mendapat layanan yang baik sepanjang berada di lokap.
"Saya ditahan bersama Fifi (@pipinatasha), kami tak nampak tahanan yang lain, hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang.
"Seksa tau lima hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, tak ada selimut atau bantal. Berbantalkan lengan saja.
"Makan macam gelandangan sikit, tapi okeylah tak ada masalah pun. Kami diberi makan tiga kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang.
"Mujur ada juga pegawai polis yang baik hati berkongsi makan ayam penyet dan sardin yang isteri dia bekalkan. Sebagai balasan saya tolong cuci pinggan.
"Sepanjang lima hari itu juga kami tak mandi sebab nanti nak kena basuh sambut. Cuma, muka tu cucilah pagi-pagi macam biasa. Kita tetap kena pose," ceritanya.
Tak pakai bra
Tambah Safiey, dia ditahan di kediamannya di Pahang sebelum dibawa ke balai polis Bangi untuk siasatan.
"Saya dibawa menaiki kenderaan polis dari Pahang ke Bangi, saya faham dan tiada masalah pun untuk saya memberikan kerjasama.
"Keluar dari rumah, saya hanya membawa barang dengan beg plastik sahaja dan tak pakai bra pun. Sebab nanti selepas keluar dari lokap pun saya kena buang bra sebab bawa malang.
"Mujurlah saya juga bukan orang yang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang dalam tahanan.
"Perkara yang saya risaukan adalah layanan polis, saya takut hak asasi saya dicabuli. Selagi mereka (polis) berlembut, saya tiada masalah. Kalau ada, saya sudah laporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Pengguna Malaysia (Suhakam). Kita bukan pondan-pondan tak cerdik," katanya.
Safiey memberitahu dia sebelum ini pernah tiga kali ditahan di lokap namun tempoh reman itu hanya sehari, berbanding kali ini hingga tahanan reman dilanjutkan menjadi lima hari.
Ratu pakai baju purple
Kata Safiey, dia tetap memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kerana enggan kedaulatan undang-undang negara di perlekehkan masyarakat.
"Kali ini saya bagi muka. Saya tak nak timbul spekulasi negatif masyarakat dan kasihankan pihak polis berdepan tohmahan negatif masyarakat.
"Berhubung apa tindakan selanjutnya selepas saya dibebaskan itu terserah kepada pendakwaan sama ada saya akan didakwa atau tidak.
"Mereka melepaskan kami sebab tiada keputusan dan mereka tak boleh dakwa di mahkamah. Jadi mereka tak boleh reman lagi sebab sudah maksimum. Oleh itu, reman saya ditolak dan saya tak perlu keluarkan duit untuk keluar.
"Sepatutnya reman saya cuma tiga hari, tapi dua hari selanjutnya saya beri muka. Jadi, saya sudah memberikan kerjasama selama lima hari, jika harapnya tiada lagi isu berbangkit," ujarnya.
Kata Safiey dia sudah bersedia selepas tular video rakaman siaran langsung bersama dua lagi kanak-kanak bawah umur minggu lalu.
Ditanya tentang keadaannya bergari dan tidak berselipar, kata Safiey dia hanya memenuhi impian netizen untuk melihatnya dalam keadaan sedemikian.
"Kes saya bukan kes jenayah. Ini cuma kes biasa. Apabila tak melibatkan jenayah saya tak perlu ditangkap, tapi apabila mendapat panggilan itu saya berikan kerjasama penuh.
"Apabila kes saya viral, ramai nak tengok ratu pakai baju purple, jadi saya nak sedapkan hati masyarakat saya turutkan. Kenapa kena gari? Kenalah 'in' nanti tak nampak macam kena tahan.
"Kalau saya lari juga, nanti orang persoalkan polis tak buat kerja," jelasnya.
Lima hari berada di dalam tahanan memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada Safiey dan temannya, Fifi.
"Lima hari yang berbaloi, saya patuh pada siasatan... Itu dah merit. Bukan sombong tapi kebanggaan supaya orang nampak kita bagi kerjasama kepada polis.
"Apapun, ia bukan seperti bayangan drama, kami okey dalam tu. Aku pun dah biasa tidur di lantai jadi tak pelik... Sekurang-kurangnya boleh mengimbas semula zaman kanak-kanak dahulu dan kehidupan orang yang susah," ujarnya.
Safiey dan Fifi ditahan pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur menerusi Instagram Live.
Laporan polis turut dibuat oleh pensyarah universiti tempatan berdasarkan tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia.
BACA: Sembang Lucah Dengan Kanak-Kanak Bawah Umur Di Instagram Live, Pemilik IG 'Safieyillias94' Ditahan Polis
BACA: Safiey Illias Buat Live Dengan Remaja Bawah Umur, Pensyarah Lapor Polis
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar