,
Laman Utama

Kondom & Minyak Pelincir Ditemui, DBKL Arah Hotel Ini Ditutup Serta Merta!

Asraf Aided
09/02/2021
11:25 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup serta-merta sebuah hotel di Jalan Pudu kerana dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Memetik laporan BERNAMA, hasil operasi khas oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL tengahari semalam, premis tersebut didapati menyalahgunakan lesen mereka.
"Menerusi aduan awam yang diterima, DBKL telah membuat siasatan dan risikan awal dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di dalam premis berkenaan.
"Walaupun hotel tersebut mempunyai lesen yang sah namun tindakan menjalankan aktiviti tidak bermoral adalah menyalahi undang-undang dan peraturan pelesenan," menurut kenyataan itu semalam.
Oleh itu, DBKL mengeluarkan notis pemberitahuan tentang kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Hotel (WPKL) 2003 dan tindakan penutupan serta merta dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Hotel (WPKL) 2003 mengikut bidang kuasa dan Prosedur Operasi Standard (SOP) DBKL.
Semakan di premis itu juga mendapati terdapat tiga wanita warga Thailand disyaki pekerja seks, pelanggan warga Bangladesh dan seorang warga tempatan sebagai penjaga premis berkenaan. Kesemua mereka telah diambil keterangan untuk proses dokumentasi.
"Hasil semakan di premis berkenaan, seramai tiga wanita warga Thailand yang disyaki pekerja seks, seorang pelanggan warga Bangladesh dan seorang warga tempatan sebagai penjaga premis tersebut telah diambil keterangan untuk proses dokumentasi selain turut menyita pelbagai peralatan di dalam premis seperti kondom dan minyak pelincir bagi tujuan aktiviti pelacuran," katanya.
Difahamkan, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Sumber : BERNAMA Kredit Foto : Facebook DBKL
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

gempak
12/09/2024
05:40 MYT
Siapa nak menang hadiah untuk ke SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!