,
Laman Utama

“Komitmen Dia Luar Biasa” - Guru Sekolah Puji & Tampil Mempertahankan Youtuber Sabah Veveonah Mosibin

Azwa Rahman
04/09/2020
08:52 MYT
Guru kepada Veveonah Mosibin tampil mempertahankan anak muridnya dan menggelarkan gadis itu sebagai seorang pelajar yang luar biasa.
Menerusi laman sosial Twitter, guru kimia dan sains yang menggunakan akaun @nawalnasacd ini berbuat demikian selepas Veveonah atau lebih mesra disapa Veve didakwa menipu dalam menduduki peperiksaan di atas pokok.
“Saya adalah guru kepada Veveonah. Komitmen akademik dan projek sains dia luar biasa kerana Veve tegas membezakan hak dan temberang batil.
“Saya pernah ingatkan dia dua tahun lepas supaya berhati-hati di dunia luar dan netizen bila keluar maktab demi justifikasi orang-orang yang sanggup mempersoalkan komitmennya,” jelas gurunya.
Selain itu, guru Nawal turut berkongsi momen di mana penuntut Universiti Sabah itu pernah meminjam wangnya sebanyak RM60 dan segera melangsaikan hutangnya sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung.
“Sebagai guru yang mengenali latar belakang Veve, dia pernah meminjam RM60 dan berjanji akan memulangkan semula.
“Sebagai guru, kita mengingatkan dan risau atas ketidakmampuannya untuk meminjam. Walaubagaimanapun, wang itu dipulangkan sebaiknya sebelum habis SPM, tidak ada tangguh,” ujarnya lagi.
Malah, gurunya juga berharap agar dapat membalas budi Veve kerana pernah menjadi salah seorang daripada anak muridnya dan sentiasa mengingatkannya untuk belajar dari kesilapan.
“Seandainya apa-apa yang terjadi kepada profesion ini, izinkan saya dikira membalas budi Veveonah kerana hadir sebagai pelajar saya yang mengingatkan bagaimana mengajar untuk saling belajar atas kesilapan bersama-sama.
“Terutamanya dalam menyelesaikan projek sains & perihal hidup,” ujarnya.
Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika sesi soal jawab sidang Dewan Negara menyatakan Youtuber Sabah itu mementingkan nama dan video dihasilkan hanya untuk hiburan.
BACA: Hanya Untuk Nama & Konten YouTube, Kisah Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu
Sedar akan kesilapannya, beliau tampil memohon maaf membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.
BACA: “Saya Memohon Maaf Kepada Adik Veveonah Mosibin” - Datuk Zahidi Zainul
Terdahulu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube.
Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan Kimia dan Pengajian Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.