HIBURAN
Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”
Penyanyi rap, Kmy Kmo meluahkan rasa sebak apabila terkenang anaknya, Abdul Jabbar Rakeem yang diuji dengan penyakit kronik walaupun usianya masih kecil.
Diuji dengan penyakit sejak bayi
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Kmy memaklumkan anaknya Jabbar telah mengalami masalah buah pinggang bengkak sejak bayi.Bagaimanapun kata Kmy, sebagai seorang bapa, dia tidak pernah berhenti berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
“Tanya lah sesiapa pun, setiap apa yang awak nak pasti papi usahakan. Biarpun kadang dunia tak menyebelahi, tapi papi tetap berhempas kudrat merata hala demi mewarnai zaman kanak-kanak kamu dan adik kamu.
“Abdul Jabbar Rakeem, kamu adalah ‘hamba’ kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.
“Inilah salah satu tanda Allah membalas cinta kita untuk kita beransur kuat untuk bekalan hidup masa hadapan.“Semenjak kamu bayi lagi kamu diuji dengan buah pinggang bengkak, setiap kali beralih tahun kamu diturunkan dengan ujian yang menanda aras baru pada kekuatan diri mu. “Sehingga ke tahun ini, diuji pula dengan ujian ketahanan baru. Jabbar nampak kan? Betapa Allah sayangnya Jabbar dan keluarga kita.
“Perkasalah wahai Jabbar melawan kuman-kuman jahat yang ada dengan Rahmat, Zat Al-Jabbar. Semoga doa Nabi Ayub menemani tidur malam mu demi memulihkan,” luahnya.
Isteri kuat, beri semangat
Dalam hantaran yang sama, Kmy turut menyatakan rasa bersyukur kerana memiliki isteri yang kuat dan sentiasa memberikan semangat kepada mereka sekeluarga.“Jabbar Rakeem sayang semua orang macam Kmy sayangkan korang semua,” kongsinya.“Semangat insan hebat seperti mommy @syifadiana312 sentiasa bersatu dalam jiwa rohani mu wahai anakku. “Doakan keputusan ujian LP (sampel cecair tulang belakang) Jabbar, negatif dari segala kuman dan negatif dari Radang Otak ya semua.
Berikut merupakan perkongsian penuh Kmy:
Must-Watch Video