,
Laman Utama

Klon Kim Kardashian, Christina Ashten Gourkani Meninggal Dunia Selepas Kegagalan Pembedahan Plastik

Maliah Surip
28/04/2023
01:40 MYT
Seorang model yang juga digelar klon pempengaruh Kim Kardashian, Christina Ashten Gourkani dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini.
Perempuan yang mempunyai penampilan mirip Kim itu meninggal dunia pada usia 34 tahun. ENews melaporkan punca kematiannya berkait dengan jantungnya terhenti (cardiac arrest).
Kematiannya juga dikaitkan dengan kegagalan sebuah operasi pembedahan plastik yang dijalankan di sebuah hospital.
“Sekitar pukul 4.31 pagi (waktu tempatan), 20 April 2023 keluarga kami menerima panggilan telefon yang sangat menakutkan. Ada keluarga yang menjerit dan menangis, mengatakan Ashten akan mati… Ashten akan mati.
“Mimpi ngeri berterusan apabila keadaannya semakin merosot dan jantungnya terhenti,” tulis salah seorang ahli keluarganya di GoFundMe.
Keluarganya juga mengatakan model tersebut mengalami jantung terhenti atau diserang sakit jantung selepas kegagalan prosuder pembedahan plastik, yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai kematian Ashten.
Asthen mula dikenali umum, terutama dalam laman OnlyFans kerana penampilannya yang saling tak tumpah seperti Kim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.