,
Laman Utama

KKM Cadang PKP Di Selangor, KL, Pulau Pinang, Johor, Kedah & Sarawak

Amri Hassan
01/05/2021
23:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri membabitkan kes Covid-19 tinggi bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
Menurut laporan News Straits Times, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu berikutan kes melebihi angka 3,000 bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan tidak menunjukkan penurunan.
Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pelaksanaan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.
"KKM telah menyarankan kepada kerajaan negeri, pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan PKP setelah penilaian risiko menyeluruh dengan mengambil kira beberapa petunjuk utama.
"Perkara ini sedang dibahaskan secara mendalam dan pengumuman (mengenai pelaksanaan PKP) akan diumumkan segera," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu mengenakan PKP secara menyeluruh di negara ini tetapi dilaksanakan berdasarkan rekod kes jangkitan Covid-19.
Jelasnya, perincian mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang terlibat dengan PKP dan jangka masa akan diumumkan.
"Selain itu bazar Ramadan di negeri yang terlibat dengan PKP perlu ditutup untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.
"Kami melihat mekanisme dan pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja di rumah dan jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat memberitahu, negara mencatatkan 3,788 kes baharu, sementara 3,142 pada Rabu dan 3,332 kes pada Khamis.
Sumber: Sinar Harian, News Straits Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Berita

Aset Atau Hamba? Doktor KKM Kecewa Dipaksa Bekerja Ketika Anak Sakit - “Saya Dah Penat Dengan Sistem Ini!”

gempak
12/08/2024
15:14 MYT
"Saya dah penat dengan sistem di KKM,” Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Viral

Jenama Ais Krim Popular Perkenal Perisa Campuran Bersama Ubat Batuk, KKM Arah Hentikan Penjualan Serta Merta

gempak
30/07/2024
09:55 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) yang dikeluarkan sebuah jenama ais krim dihentikan segera.