Hiburan
“Kita Tak Tahu Apa Yang Berlaku Pada Badan…” - Terlalu Penat Di AJL38, Aisha Retno Kena Panic Attack
Penyanyi, Aisha Retno berdepan dengan serangan panik selepas selesai menyempurnakan persembahan pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung, malam tadi.
Menurut Aisha, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan terlalu penat membuat persiapan untuk memastikan persembahannya sempurna.
"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada tubuh badan kita. Mungkin juga saya kepenatan tapi saya tak rasa itu akan menjadi satu alasan untuk tidak melakukan yang terbaik.
“Jadi, bila Allah cakap sesuatu akan berlaku, maka ia akan berlaku," ujarnya.
Aisha berkongsi perkara itu semasa sidang media AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
BERITA TRENDING: #AJL38: Aisha Retno Dapat Standing Ovation, Akhiri Persembahan Terbang 'Naik Atas'!
Dalam pada itu, Aisha juga turut berkongsi rasa bangga kerana dapat sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul."Amir dan Aina idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara.
"Insya-Allah kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya akan usaha untuk sertai AJL di edisi seterusnya," katanya.
BERITA TRENDING: Tepati Ramalan, Amir Jahari Sujud Syukur! Hasrat Dinobat Juara AJL38
Terdahulu, Aisha dinobatkan sebagai naib juara AJL38 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi.Must-Watch Video