,
Laman Utama

“Kita Tak Nak Tengok Anak Kita Berjoget Pakai Singlet Dengan Songkok, Pakai Ihram Lain Jantina” - Raihan

Izwan Isa
26/08/2022
06:50 MYT
Kumpulan nasyid Raihan memberi cadangan kepada pihak kerajaan supaya lebih teliti dalam membenarkan kemasukan mana-mana penyanyi dari luar negara untuk mengadakan konsert atau persembahan di sini.
Salah seorang anggotanya, Che Amran Idris berkata, penyebaran budaya-budaya kurang elok dan tidak bertepatan dengan norma rakyat tempatan dapat dielakkan jika saringan kemasukan artis lebih ketat dibuat pada masa akan datang.
“Dari sudut pengaruh budaya, mungkin kita kena ambil maklum tentang penyebaran budaya-budaya yang bertentangan dengan norma orang Malaysia sebab ada artis yang boleh memberi kesan kepada kita.
“Justeru, bukan pihak kita tapi pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam menapis mana-mana artis yang ingin mengadakan konsert di sini. Bagi kita, sebagai alternatif, kita ada konsert-konsert daripada artis Malaysia sendiri yang boleh dihadiri oleh penonton.
“Sekurang-kurangnya, mereka (penonton) terselamat daripada terus menjadi fanatik dengan budaya barat yang boleh merosakkan minda,” katanya kepada Gempak.
Che Amri dan Raihan ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Garis Masa yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur semalam.
Dalam pada itu, seorang lagi anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim menambah, cadangan mereka bukanlah untuk terus menyekat kemasukan artis luar. Sebaliknya, artis luar negara boleh menyanyi lagu-lagu mereka yang membawa impak positif kepada masyarakat.
“Bukan nak suruh sekat terus. Tetapi, pilih lagu-lagu yang ada maksud positif. Dalam banyak-banyak lagu yang mereka rakam, mesti ada lagu yang bermesej baik seperti lagu untuk ibu, sahabat, menangani tekanan dan sebagainya.
“Dan lagu-lagu berunsur tidak baik tentang seks atau hubungan terlarang, kita tak benarkan. Kalau rajin, periksa dan pantaulah. Kalau tak, banned terus,” ujarnya dalam nada berseloroh.
Abu Bakar turut mencadangkan supaya mencontohi negara Brunei. Katanya: “Nak masuk dan menyanyi di Brunei perlu tapisan. Lagu kami pun perlu ditapis sebelum kami boleh buat persembahan. Sebab mereka jaga rakyat mereka.
“Macam kita pun perlulah buat kerja (seperti Brunei). Kita patut risau sebab ia berkaitan dengan akidah. Kita tak nak tengok anak kita berjoget pakai singlet dengan songkok, pakai ihram lain jantina,” kata mereka lagi.
Dalam perkembangan terkini, Raihan sedang sibuk mempersiapkan diri masing-masing dengan Konsert Garis Masa yang akan diadakan pada 26 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Dianjurkan oleh WNS Marketing & Events, tiket-tiket berharga dari RM95 hingga RM500 sudah mula dijual menerusi laman web www.ticket2u.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
24/11/2024
02:45 MYT
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Unitar