,
Hiburan

“Kita Tak Mahu Rakan-Rakan Bercerai” - Pekin Tak Kisah Dikecam, Posting Di Facebook Usaha Bantu Fattah & Fazura Baiki Hubungan

Mya Amri
15/10/2024
00:04 MYT
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan aktor, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.

Tak mahu lihat rakan-rakan bercerai

Menurut Pekin, hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook itu merupakan salah satu usaha untuk membantu memperbaiki hubungan diantara Fattah dan Fazura.

“Kecam itu perkara biasa. Ada yang suka dan ada yang tidak. Saya bercakap sebegitu supaya sekiranya Fazura terbaca, dia boleh menilaikan semula keputusannya.

“Ini perkara baik. Kita tak nak rakan-rakan bercerai berai dan mahu mereka kembali bersama. Tapi apa pun mereka yang melalui benda ini lebih tahu apa yang berlaku.

“Sebagai kawan, saya nak bagitahu perkara positif sahaja. Bila kata Fattah curang, saya tak percaya. Saya kenal Fattah macam mana.
“Saya buat posting tersebut agar orang tahu perangai sebenar Fattah,” katanya ketika ditemui di Anugerah Bintang Popular ke-36, baru-baru ini.

Nafi sokong sebelah pihak

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Mona Ellen ini juga turut manafikan dirinya hanya menyokong sebelah pihak sahaja.

“Kedua-duanya saya kenal. Kami pernah lepak sekali. Saya juga pernah berlakon dengan Fazura tapi saya lebih rapat dengan Fattah. Sudah tentu saya akan pertahankan teman sendiri.

“Kalau dia pun perangai entah apa-apa, saya pun tak akan pertahankan. Saya tahu dia macam mana. Sebab itu saya yakin Fattah bukan orang yang sebegitu (curang).

“Orang lain pun tahu perangai Fattah macam mana. Dia memang budak baik,” ujarnya lagi.

Fattah tenang

Ditanya mengenai keadaan Fattah sewaktu mereka sama-sama menjalani penggambaran filem, Pekin memaklumkan Fattah sentiasa kelihatan tenang seperti tiada masalah.

“Fattah tiada kongsi apa-apa. Kami jalani penggambaran yang lama di Terengganu. Bila saya tanya Faz tak datang ke? Dia kata Faz ada di luar negara.

“Dia juga kerap berkongsi fasal anak. Maklumlah anak-anak kami pun sama-sama masih kecil. Kami menjalani penggambaran seperti biasa.

“Fattah berikan komitmen yang sangat baik seperti tiada masalah,” akhirinya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh sekitar pukul 9.45 pagi pada 7 Oktober lalu.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

ARTIKEL BERKAITAN:Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"

ARTIKEL BERKAITAN:Sentiasa Luah Rasa Rindu Terhadap Anak & Isteri, Pekin Ibrahim Puji Sikap Fattah Amin - “Tak Sekali Pun Saya Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

ARTIKEL BERKAITAN:Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil - “Kaki Saya Kejang, Lupa Nak Warm Up”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Jawab Dakwaan Berlaku Curang - “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Baik Saya”

Bagaimanapun pada hari yang sama, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah merupakan antara salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.
Malah, Fazura juga turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.
Namun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.
Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Unitar