,
Laman Utama

"Kita Ni Menunggu, Tapi Dibiarkan Begitu Saja"

Amri Hassan
28/08/2023
11:40 MYT
Penyanyi wanita muda berbakat, Ziva Magnolya kembali melancarkan single terbaru yang berjudul 'Menanti', sekaligus menjadi bahagian kedua daripada projek A+Z The Series yang dimulakan dengan pelancaran lagu 'Tak Mungkin' oleh KIM.
BACA: Rizky Febian, Ziva Magnolya Tak Bercinta – “Kami Memang Rapat, Nak Hasilkan Lagu Cinta Kena Cari Keserasian…”
'Menanti' merupakan lagu hits yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Dea Mirella dan Kahitna. Kini di bawah naungan syarikat rakaman Universal Music Indonesia, lagu tersebut diberi nafas baharu untuk dijadikan sebahagian daripada rangkaian projek Yovie & His Friends yang disajikan dalam nuansa baru serta versi yang segar, bercampur harmoni dengan karakter vokal Ziva yang khas.
Meskipun pernah dipopularkan lebih dari 2 dekad yang lalu, lirik lagu 'Menanti' masih sangat relevan dengan kisah cinta yang terjadi pada zaman sekarang. Bercerita tentang penantian yang tidak pasti akhirnya.
"Selalu diisi dengan janji-janji tapi pengakhirannnya masih sama degan yang lain. Kita ni menunggu, tetapi dibiarkan begitu saja," kata Ziva bercerita tentang single terbarunya itu.

Olah jadi karya baharu

Salah satu cabaran bagi Ziva Magnolya ketika mengolah 'Menanti' menjadi sebuah karya baharu dengan ciri khas vokal yang dimilikinya. Penyanyi yang berasal Jakarta ini mengakui bahawa menyajikan lagu ‘cover’ yang pernah menjadi hits itu merupakan satu cabaran yang besar buat dirinya.
"Bukan mudah kerana lagu ini pernah popular sebelum ini tetapi setelah mencuba sehabis baik, saya jatuh cinta dengan hasilnya," ungkap Ziva.
Walaupun suasana lagunya sendu, susunannya kedengaran megah dengan harmonisasi beragam bunyian instrumen. Tanpa kehilangan gubahan khas muzik aslinya, Ziva mampu memberikan keunikan tersendiri pada lagu 'Menanti' versi baharu itu melalui riff & runs.

Muzik Video bahagian ke-2 dari A+Z The Series

'Menanti' merupakan sambungan kepada A+Z The Series yang mengisahkan tentang drama Cinta antara Ziva Magnolya daengan Arsy Widianto. Muzik video 'Menanti' menjelaskan cerita yang tergantung di muzik video “Tak Mungkin” oleh KIM yang merupakan bahagian pertama dari A+Z The Series.
Muzik video 'Menanti' dihasilkan oleh Nocturnal Projects, arahan Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V. Lokasi penggambarannya juga di tempat yang sama dengan video muzik “Tak Mungkin” nyanyian KIM, iaitu di Korea Selatan.
Dari segi konsep, muzik video 'Menanti' sengaja diberi sentuhan visual drama Korea, daripada jalan cerita, sehingga ke tona warnanya.
Ending muzik video yang “tergantung” dalam setiap lagu dari project A+Z The Series dijamin akan membuat penonton tak sabar menanti sambungannya. Tambahan pula, mata penonton akan dimanjakan dengan keindahan kota berlatar belakangkan Korea Selatan.
Tonton muzik video “Menanti” di saluran YouTube rasmi Yovie Widianto dan lagunya sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 11 Ogos 2023 yang lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.