,
Laman Utama

“Kita Ni Banyak Merungut..” - Pengalaman Berlakon Di Kampung Sampah, Aliff Aziz Insaf

Azwa Rahman
26/05/2022
10:27 MYT
Penyanyi Aliff Aziz melahirkan rasa kesyukuran dan rasa insaf apabila merasai sendiri pengalaman berada di perkampungan sampah yang terletak di Sandakan, Sabah.
Menurut Aliff yang membawakan watak sebagai Adam, seorang backpacker yang mengembara ke seluruh negeri Sabah, dia terkejut apabila pertama kali melihat kewujudan sebenar kediaman dalam sebuah kawasan timbunan sampah yang besar.
“Pada awalnya semasa saya tiba di lokasi, memang ada orang tinggal di kawasan ni. Saya terkejut sebab melihat situasi sebenar tempat tersebut, macam mana kita bau tempat tu.
“Lepas shooting, kita pulang ke hotel, untuk orang yang tinggal di sana, itulah kehidupan mereka.
"Berada di sana membuatkan saya insaf kerana ada orang yang hidup susah begitu. Ia juga jadikan saya lebih bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki.
“Pada saya isu ni agak sensitif sebab situasi yang dipaparkan dalam drama ini memang wujud," katanya ketika ditemubual.
Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, 31, berkongsi perkara tersebut ketika sidang media drama Sekolah Sampah yang dijalankan secara atas talian pada Rabu.
Tambah Aliff lagi, dia berharap telefilem ini juga boleh memberi kesedaran pada orang ramai untuk turut bersyukur dengan kehidupan masing-masing.
“Kita ni banyak merungut, hari-hari complaint makanan tak sedap, panas takde aircond, semua benda kita complaint. Tapi bila lihat depan mata sendiri, macam mana sesetengah orang hidup dalam kehidupan tersebut, kita akan rasa lebih nikmat bersyukur. Ada ramai orang hidup dengan kehidupan yang lebih perit,” ujarnya lagi.
Sekolah Sampah mengisahkan Adam dapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang serba kekurangan dari segi pendidikan. Kanak-kanak di Kampung Sampah ini menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang.
Adam nekad mendidik kanak-kanak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian penggembaraannya.
Jangan lupa menonton telefilem Sekolah Sampah yang akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 9 malam di saluran Astro Citra (108) serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”

gempak
16/08/2024
04:59 MYT
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.