,
Laman Utama

Kita Lock! Coldplay Datang Berkonsert Di Malaysia Pada 22 November 2023

Amri Hassan
09/05/2023
02:37 MYT
Teka-teki terjawab! Coldplay akhirnya mengumumkan bakal kembali mengadakan konsert di Asia dan Australia pada bulan November 2023.
Ia merupakan sebahagian daripada siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Menurut kenyataan dari Pengarah Urusan, Live Nation Malaysia, Para R., band rock itu dijangka mengadakan konsert mereka pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Live Nation Malaysia turut sama teruja sama seperti peminat-peminat Coldplay untuk menyaksikan konsert yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu.
"Ini bakal menjadi kemunculan sulung Coldplay di Malaysia!" katanya.
Berikut merupakan senarai lokasi siri jelajah Coldplay: Music of the Spheres World Tour:
6 November: Tokyo Dome, Jepun 7 November: Tokyo Dome, Jepun 11 November: Kaohsiong National Stadium, Taiwan 12 November: Gelora Bung Karno Stadiu, Jakarta, Indonesia 18 November: Optus Stadium, Perth, Australia 22 November: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Siri jelajah Coldplay telah bermula sejak Mac 2022 dan band itu telah menjadi antara artis yang menjual tiket konsert terbanyak di dunia.
Malah, Coldplay turut dianugerahkan Favourite Touring Artist tahun 2022 oleh Anugerah AMA dan Tour of the Year 2023 di Anugerah iHeartRadio baru-baru ini.
Coldplay akan meneruskan siri jelajah dunia mereka pada Mei ini di Sepanyol, United Kingdom, Itali, Denmark, Belanda dan Amerika Syarikat sehingga Oktober sebelum meneruskan siri jelajah di Asia dan Australia.
Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu popular dengan lagu-lagu seperti My Universe, The Scientist, Yellow, Hymn for the Weekend, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.
Tiket Coldplay: Music of the Spheres World Tour akan dijual kepada publik pada Rabu, 17 Mei 2023 bermula 10 pagi.
CIMB Bank akan menjadi penaja utama Music of the Spheres World Tour di Kuala Lumpur dan pemegang kad CIMB akan mendapat akses eksklusif pra-jualan tiket pada Selasa, 16 Mei 2023 seawal 10 pagi lagi.
Layari livenation.my untuk info lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Unitar