,
Laman Utama

“Kita Hidup Tak Lama, Tak Tahu Bila Akan Pergi,” - Selepas 4 Tahun, Izreen Azminda & Intan Liana Akhirnya Berbaik?

Hanafis Haris
16/05/2021
08:50 MYT

Buka lembaran baru. Mungkin itulah gambaran tepat situasi pelakon Izreen Azminda apabila dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahidiaitu Intan Liana Saleh.

Menerusi satu program raya disiarkan sebuah stesen televisyen hari ini, Izreen dilihat memohon maaf kepada Intan Liana berhubung kisah lama menimpa mereka berdua.

Menurut Izreen, dia sebelum ini pernah cuba berhubung dengan Intan, namun ketika itu situasi masih tegang dan dia memilih untuk mendiamkan diri.

“Macam hari ini dipertemukan semula. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

“Sebenarnya sudah lama nak cakap benda ni, jauh dari sudut hati saya minta maaf sangat.

“Apa yang berlaku saya minta maaf, saya pun tak tahu nak betulkan semua bagaimana,” katanya yang kini hamil lima bulan,

Tambahnya, dia mengharapkan netizen juga turut mendoakan terbaik untuk hubungannya dengan Intan dan tidak sesekali cuba melaga-lagakan mereka.

“Janganlah komen benda tak elok, benda tu yang rumitkan keadaan kami. Saya pun ada kesedihan saya, hilang kerjaya.

“Kalau boleh saya nak berbaik macam pasangan lain,” katanya.

Sementara itu, Intan menjelaskan dia lebih selesa untuk bersikap profesional memandangkan semua ada kehidupan masing-masing.

“Banyak yang terbuku di hati tapi biarlah Intan simpan sendiri.

“Benda dah lepas biarlah lepas. Kita hidup pun tak lama, tak tahu bila kita pergi,” katanya.

Sekadar info, Izreen dan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac 2018 menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar