,
Berita

"Kita Boleh Complicatedkan Lirik Tu,Tapi..." - Ini Komen Rapper Abubakarxli Isu Guna Bahasa 'Pasar' Dalam Lagu Zaman Sekarang

ZULHILMI JALIL
20/12/2020
03:50 MYT
Penggunaaan bahasa yang tidak puitis dalam penulisan sesebuah lagu pada masa kini sering menjadi perdebatan.
Ada yang menganggap sesebuah lagu itu perlu penggunaan bahasa yang mendalam maksudnya, bahkan ada juga yang merasakan satu-satu lagu itu perlu kedengaran santai sahaja.
Maka, tidak hairanlah apabila lagu-lagu generasi kini dilihat banyak menggunakan pemilihan bahasa slanga atau bahasa pasar, terutamanya jika ia dihasilkan oleh penulis generasi kini.
Bagi pendatang baharu, rapper Abubakarxli, dia menyifatkan setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam sesebuah penghasilan lagu.
Bahkan, bagi dirinya sendiri, rapper yang mesra di sapa dengan panggilan Abu ini mengakui lebih gemar menggunakan pemilihan bahasa santai dan ringkas dalam lirik lagunya.
"Sebenarnya, kita boleh complicatedkan (rumitkan) lirik itu, tapi siapa pula nanti orang yang akan buat lagu macam tu (bahasa slanga) kalau bukan saya.
"Saya boleh buat lagu yang orang suka, tapi pada masa sama, saya nak juga buat lagu yang saya suka," katanya kepada Gempak.
Rapper berusia 24 tahun itu ditemui sewaktu mempromosikan album E.P pertamanya berjudul EXACXLI terbitan Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia.
EXACXLI memuatkan enam buah lagu iaitu Balik Kampung, Terbang, Ada Orang, Rehat, Jangan Marah dan Selesai.
Menurut Abu, sepanjang berjinak-jinak dalam dunia muzik, dia juga sudah menghasilkan kira-kira 100 buah lagu.
"Lagu-lagu yang saya tulis pun lebih kepada kisah jalanan, mengenai kehidupan.
"Jadi, pemilihan kata itu pun lebih kepada bahasa harian yang kita sering gunakan," jelasnya yang sebelum ini pernah muncul dengan lagu NiNiNi.
Bercakap mengenai lirik santai, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengakui kebanyakan lagu yang ditulis itu adalah berkait dengan apa yang dilalui dalam kehidupan seharian.
"NiNiNi itu pun dibuat secara spontan dengan SonaOne. Masa Dia nak salin fail, dia kata bagi aku copy ni, ni, ni (ini)..terus saya minta dia buka mikrofon dan rekod, jadilah lagu NiNiNi.
"Topik (ceritanya) itu mungkin nampak macam senang, tapi proses nak buat lagu itu sendiri pun bukan mudah," katanya yang cukup mengagumi Too Phat.
Dalam pada itu, kata Abu dia berharap orang di luar sana dapat menerima kehadirannya dalam industri arus perdana khususnya kepada pencinta muzik Hip Hop.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

gempak
06/11/2024
02:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Fazura akui dia telah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hiburan

Jadi Sensasi di Media Sosial, MC Baba Rapper Pekak & Bisu Pertama Di Dunia?

gempak
08/06/2024
12:54 MYT
Barangkali ramai yang tidak terfikir bagaimana seorang individu kurang upaya (OKU) pekak dan bisu boleh menjadi rapper atau penyanyi?
Unitar