gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."

Amri Hassan
Amri Hassan
12/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
Penyanyi Syasya Rizal terus dihenyak netizen gara-gara pendedahannya termakan daging khinzir ketika berada di China baru-baru ini.
Menerusi tulisan di Thread, Syasya terkilan apabila imej dan hijrahnya bertudung dijadikan sasaran.
"Kenapa bila seseorang buat salah, tudung juga jadi sasaran? 'cabut saja tudung tu', 'tak payah nak hijrah sangat', 'konon nak istiqamah bertudung tapi bangga makan'.
"Kata-kata macam inilah buat ramai orang takut nak mula pakai tudung. Takut kena judge, kena sindir. Takut setiap silap akan dikaitkan dengan aurat.
"Padahal orang pakai tudung bukan sebab dia dah sempurna tapi masih sedang mencuba. Kita semua pendosa, semua tengah belajar. Dan semua ada struggle masing-masing," tulisnya.
Akui khilafnya, Syasya mengambil iktibar daripada situasi yang berlaku dan memohon orang ramai agar terus mendoakan yang terbaik untuknya.

"Saya mengaku salah saya. Niat saya tidak menghalalkan cara. Saya ambil iktibar dan belajar dari kekhilafan itu.

"Tapi tolong… jangan pertikaikan perjalanan saya untuk menjadi lebih baik. Perjalanan saya untuk bertudung tak ada kena mengena dengan kesilapan yang saya lakukan.
"Saya pakai tudung bukan untuk nampak sempurna. Tapi kerana saya sedang berusaha. Perjalanan ini masih panjang, dan saya juga masih belajar sama macam awak semua.
"Doakan, bukan hina. Tegur, bukan caci," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Syasya berkongsi video dia termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara namun perkongsiannya itu mendapat pelbagai respons netizen.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Tudung
#China
#Babi
#Khinzir
#Syasya Rizal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement