,
Laman Utama

Kisah Jagat Arwah Boleh Dinikmati Dalam Bentuk Podcast Di Spotify

Izwan Isa
10/11/2022
05:50 MYT
Selepas berjaya menyorot perhatian penggemar genre seram fantasi, filem Jagat Arwah kini hadir di Spotify dalam bentuk podcast.
Menariknya, pengisi suara bagi podcast Jagat Arwah turut dibawakan oleh para pemain asalnya seperti Ari Irham, Ganindra Bimo, Sheila Dara dan Cinta Laura.
Memetika laporan Kompas.com, podcast Jagat Arwah mengandungi kisah masa lalu yang lebih terperinci daripada setiap karakternya.
Podcast Jagat Arwah juga menampilkan latar belakang selain pelbagai tragedi yang tidak diangkat menerusi versi filem.
Produsernya, Tersi Eva Ranti mendedahkan yang kisah dalam Jagat Arwah boleh dipersembahkan dalam pelbagai medium.
"Jagat Arwah merupakan cerita seram lokal yang ada potensi. Menggabungkan kepercayaan lokal, Kejawen dengan sosok Kuntilanak, Genderuwo sehinggalah Suster Belanda, yang kita semua sudah biasa dengar," katanya.
Bagi Tersi, kisah Jagat Arwah dalam bentuk audio digital mampu menambah elemen seram memandangkan pendengar boleh bermain dengan imaginasi masing-masing.
"Selain itu, podcast ini juga ‘terpisah’ daripada versi filemnya. Jumlah keseluruhan ada empat episod," katanya lagi.
Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya.
Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.
Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif dan Muhammad Khan.
Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Sumber: Kompas
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lima Pantang Larang Jawa Dalam Filem Jagat Arwah Yang Penonton Perlu Tahu… No. 3 Tu Paling Scary Ok!

gempak
08/11/2022
12:50 MYT
Oh banyak pantang larang dalam filem ni
Laman Utama

Lawanya Cinta Laura Jadi Hantu Belanda Dalam Jagat Arwah! - "Keren... Tak Takut Soalnya Cantik Sekali"

gempak
05/11/2022
07:50 MYT
Horror tapi tetap cantik
Laman Utama

Pelakon Nampak Kaki Pucat Menari? Ini Antara Lima Fakta Mengenai Filem Jagat Arwah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Keluar Menonton!

gempak
01/11/2022
07:50 MYT
Oh, seramnya!
Laman Utama

Tampil Efek CGI Berkelas Tinggi, Filem Fantasi Jagat Arwah Dah Mula Menghantui Penonton Di Pawagam!

gempak
28/10/2022
12:50 MYT
Memang menarik guys!