,
Hiburan

Kisah Hidup Puteri Diana Akan Difilemkan, Kristen Stewart Sah Pegang Watak Utama

Azwa Rahman
18/06/2020
10:30 MYT
Pelakon Hollywood popular Kristen Stewart dikhabarkan akan melakonkan watak sebagai Puteri Diana dalam filem terbaru berjudul Spencer.
Memetik laporan BBC, Spencer dipilih sebagai tajuk filem kerana ia merupakan nama tengah bagi mendiang puteri kesayangan ramai itu.
Filem ini diset pada tahun 1990 dan akan mengisahkan momen di mana rumah tangga pasangan diraja ini retak dan Puteri Diana mahu berpisah dengan suaminya, Putera Charles.
Namun, filem bergenre drama ini tidak akan menyentuh langsung babak Diana mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
Filem ini diarahkan oleh Pablo Larrain dan skripnya merupakan hasil garapan Steven Knight.
“Kami buat keputusan untuk merakam kisah tentang identiti dan bagaimana seorang wanita memilih untuk tidak menjadi puteri.
“Dalam perjalanan filem, Diana membuat keputusan dan sedar dia mahu kembali menjadi seorang wanita sebelum dia bertemu dengan Charles,” ujar Larraine kepada Deadline.
Filem ini dijangka akan memulakan proses penggambarannya pada awal tahun 2021.
Diana, Princess of Wales atau nama sebenarnya Diana Frances Spencer berkahwin pada tahun 1981 dan berpisah dengan suaminya pada tahun 1992.
Pasangan itu kemudiannya bercerai pada tahun 1996, dan Diana meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya di Paris pada tahun 1997.
Stewart yang sebelum ini cukup dikenali menerusi filem Twilight cemerlang dengan filem Charlie’s Angels pada tahun 2019 dan filem terbarunya Underwater.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tugu Peringatan Puteri Diana Direka Bersama Tiga Kanak-Kanak, Ini Sebabnya...

gempak
02/07/2021
13:20 MYT
Tugu peringatan Puteri Diana telah dirasmikan oleh Putera Britain, William dan Harry pada Khamis di Sunken Garden, Istana Kensington, London sempena ulang tahun kelahiran ke-60 mendiang.
Nusantara

Sutradara Ungkap Alasan Pilih Kristen Stewart Jadi Putri Diana

gempak
19/06/2020
03:35 MYT
Film

Robert Pattinson Jadi Batman; Cocok, Kata Sang Mantan, Kristen Stewart

gempak
11/09/2019
05:55 MYT
Hollywood

Kristen Stewart Jalin Hubungan Sejenis Dengan Model?

gempak
30/08/2017
09:00 MYT
Hiburan

Gambar Bogel Kristen Stewart Dengan Pasangan Sejenis Tersebar

gempak
27/08/2017
05:28 MYT