HIBURAN
Kim Seri Umum Perkahwinan Dengan Jejaka Pilihan Hati, Choi Amin
Personaliti media sosial, Kim Seri mengumumkan dirinya kini sudah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Choi Amin.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kim Seri melalui satu hantaran di Instagram yang turut memaparkan pasangan itu bergambar mesra di sebuah pasar raya di Seoul.
“Updated: Officially Mrs. Choi Seri. Status — Legally taken, spiritually blessed,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pasangan ini kelihatan serasi mengenakan pakaian sedondon dalam rona pastel.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan beberapa tanda pagar seperti #aminkandoaseri, #OfficiallyHalal dan #serikanhidupamin, jelas menunjukkan momen ini amat bermakna buat mereka berdua.
Perkongsian itu turut menarik perhatian para pengikut, yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat kebahagiaan pasangan ini.
Tahniah diucapkan buat Kim Seri dan Choi Amin! Semoga perkahwinan mereka diberkati dan kekal bahagia hingga ke syurga.
Must-Watch Video