Laman Utama
“Kifarah Sentiasa Ada... Kita Buat Jahat Dekat Orang, Esok Lusa Terkena Balik“ - Luahan Bella Astillah Cetus Tanda Tanya
Perkongsian pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian itu, Bella mengatakan setiap tindakan tidak baik yang dilakukan seseorang itu pasti akan mendapat balasan memandangkan kehidupan umpama roda.
“Fokus kepada diri sendiri, anda sudah melakukan yang terbaik buat mereka yang tidak menghargai. Kifarah sentiasa ada dalam kehidupan.
“Kita kecewakan orang, esok lusa orang lain akan buat semula kepada kita. Kita buat jahat dekat orang, esok lusa terkena pula kepada kita balik.
“Hidup ini umpama roda. Tunggu sehingga roda itu terkena semula kepada anda dan akan terkenang perkara yang dilakukan kepada orang lain,” tulis Bella.
Bagaimanapun rata-rata netizen mendoakan agar Bellah agar sentiasa diberikan kekuatan selain memuji kecantikan isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu.
Tahun lalu, Bella Astilah mendedahkan dia berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam sehingga menyebabkan menjejaskan kesihatannya dan keluarga.
Berharap perkongsiannya diambil sebagai iktibar, Bella berkata dia mula berubat dengan ustazah selepas berasakan perubahan dirinya menjadi seorang pemarah selain mengalami masalah kesihatan.
Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video