,
Laman Utama

Khloe Kardashian Positif COVID-19 Kali Kedua, Kali Ini Anaknya Turut Terjangkit

Izwan Isa
30/10/2021
14:00 MYT
Setahun sudah berlalu, nampaknya pengalaman masa silam datang seperti deja vu. Artis realiti popular, Khloe Kardashian mengesahkan yang dia kini positif COVID-19 kali kedua.
Selain dirinya, adik kepada Kim Kardashian itu turut memberitahu bahawa anak perempuanya, True Thompson, 3, turut dijangkiti virus berkenaan. “Hai semua, saya nak beritahu yang saya dan anak saya, True disahkan positif COVID-19. Saya terpaksa batalkan beberapa komitmen dan saya ingin minta maaf kerana tidak dapat meneruskan komitmen tersebut.
“Nasib baik saya sudah menerima vaksin dan semuanya akan baik-baik. Kami akan berada di sini untuk kuarantin dan ikuti segala peraturan,” tulisnya di akaun Twitter.
Dalam pada itu, Khloe juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.
Pada Mac tahun lalu, Khloe yang dijangkiti COVID-19 buat pertama kali berkongsi pengalamannya bertarung dengan virus berkenaan menerusi rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians.
Menerusi episod berkenaan, Khloe berkata yang dia mengalami simptom seperti muntah-muntah, badan menggigil dan sakit kepala.
Bagaimanapun, selepas pulih daripada jangkitan COVID-19, Khloe menghadiri majlis hari jadi tertutup Kim yang diadakan di sebuah pulau. Hal tersebut menimbulkan respons negatif dalam kalangan peminat.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Jika Anda Positif COVID-19 Pada Hari Mengundi

gempak
18/11/2022
10:50 MYT
Mudah sahaja
Laman Utama

“Zaman SARS, 11 September Saya Dah Lalu” - Sherry Ibrahim Beri Sebab Kenapa Berani Travel Ketika Pandemik

gempak
04/05/2022
13:50 MYT
Sherry nak travel raya ini
Laman Utama

Batuk Tak Berhenti, Tekak Macam Nak Terkoyak, Sissy Iman Bimbang Dirinya Dijangkiti COVID-19

gempak
21/03/2022
03:50 MYT
Semoga cepat sembuh Sissy Iman!
Laman Utama

Netizen Kongsi Kesan Long COVID - Ada Yang Hampir Setahun Hidu Bau Busuk, Ada Yang Nak Berjalan Pun Penat

gempak
16/03/2022
06:50 MYT
Ada segelintir yang menderita kesan COVID berpanjangan
Laman Utama

“Dah Booster Pun Sakitnya Bukan Main, Bayangkan Kalau…” - Dijangkiti COVID-19, Karl Shafek Alami Gejala Teruk

gempak
16/03/2022
04:50 MYT
Karl Shafek dijangkiti COVID-19, alami gejala teruk