,
Laman Utama

“Ketiga-Tiga Mereka Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib” – Ini Kata Peguam Mengenai Isu Tular ‘Hanafi’…

Fiza Kamarudin
24/12/2021
09:15 MYT
Beberapa hari lalu tular kisah ‘Hanafi’ yang merupakan seorang penjawat awam yang didakwa curang dengan seorang wanita, di tempat kerja sama.
Kecurangan ‘Hanafi’ kemudiannya menjadi tular selepas isteri, yang juga seorang penjawat awam memuat naik perkara tersebut di media sosial.
Bagaimanapun pergolakan rumah tangga penjawat awam tersebut kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan. Isu ini juga telah menarik minat pengamal undang-undang, Asiah Abd Jalil untuk memberi pengulasan:
Isu Dr. Najihah - Dr. Hanafi - Raihan. Ketiga-tiga mereka merupakan penjawat awam.
Sebagai seorang pengamal undang-undang yang telah dan sedang mengendalikan kes-kes tatatertib terhadap penjawat awam, ini pendapat saya.
Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Di bawah Peraturan ini, perkara-perkara berikut merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib :-
(1) membelakangkan tugas awam demi kepentingan persendirian
[Peraturan 4(2)(a)]
(2) menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan tugas awam
[Peraturan 4(2)(b) dan (c)]
(3) mencemarkan nama perkhidmatan awam
[Peraturan 4(2)(d)]
(4) membuat pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang memalukan jabatannya (kerajaan)
[Peraturan 19(1)(b)]
(5) didakwa dan disabitkan atas pertuduhan jenayah (termasuk kesalahan jenayah syariah)
[Peraturan 28 dan Peraturan 29]
Apabila Dr. Najihah memviralkan di Facebook, video dan posting berkaitan hubungan sulit di antara Dr. Hanafi dengan Raihan, tindakan terburu-buru Dr. Najihah tersebut telah melanggar perkara (1), (2), (3) dan (4) di atas.
Tak kiralah apa pun sentimen netizen yang simpati dengan Dr. Najihah, Dr. Najihah tetap boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Bagi Dr. Hanafi dan Raihan pula, jika pun betul mereka menjalinkan hubungan sulit, selagimana ia berlaku di luar waktu bekerja, tidak menjejaskan tugas awam mereka dan selagimana perbuatan mereka belum dilaporkan kepada Ketua Jabatan, mereka belum melakukan kesalahan tatatertib.
Tetapi apabila laporan sudah dibuat oleh Dr. Najihah kepada Ketua Jabatan di Klinik Kesihatan Endau, Dr. Hanafi dan Raihan boleh dianggap telah melanggar perkara (3) di atas.
Dr. Hanafi dan Raihan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Hubungan sulit tanpa pernikahan yang sah merupakan kesalahan jenayah syariah. Menceraikan isteri di luar mahkamah juga merupakan kesalahan jenayah syariah.
Sekiranya isu ini dibawa ke mahkamah syariah, dan sekiranya Dr. Hanafi dan Raihan kemudiannya disabitkan bersalah, maka kedua-dua mereka telah melanggar perkara (5) di atas.
Dr. Hanafi dan Raihan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Apakah bentuk-bentuk hukuman tatatertib yang boleh dikenakan?
(A) amaran
(B) denda
(C) lucut hak emolumen
(D) tangguh pergerakan gaji
(E) turun gaji
(F) turun pangkat
(G) buang kerja
[Peraturan 38]
Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes-kes tatatertib terhadap penjawat awam, biasanya apabila kakitangan awam ada pendakwaan jenayah (termasuklah kesalahan jenayah syariah), tindakan gantung kerja akan diambil.
[Peraturan 28 dan Peraturan 44(1)(a)]
Kemudian apabila kakitangan awam ada sabitan jenayah (termasuklah kesalahan jenayah syariah), tindakan buang kerja dan penamatan perkhidmatan akan diambil.
[Peraturan 29 dan Peraturan 45(1)(a)]
Semoga isu Dr. Najihah - Dr. Hanafi - Raihan ini boleh memberi iktibar kepada kita semua. Fikir dahulu sebelum bertindak. Walaupun kita di pihak yang benar, tidak semestinya tindakan kita sentiasa betul dan tepat. Akhirnya tiga-tiga boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.