,
Hiburan

Ketepikan Iphone 12 & PlayStation 5, Fizo Omar Belikan Ibu Skuter Elektrik

Zulaikha Yusof
17/11/2020
04:15 MYT
Pelakon dan usahawan Fizo Omar telah menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar, 35, kenderaan itu boleh digunakan ibunya untuk pergi ke surau.
Pelakon drama Pengantin Satu Malam itu juga sanggup mengetepikan daripada membeli gajet yang sedang menjadi kegilaan ramai orang iaitu Iphone 12 dan PlayStation 5.
"Semoga perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.
"Hmmmm...Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu.. Bila Mama gembira, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki.
"Bukan setakat Iphone dan ps5, dengan kedai-kedai sekali boleh beli. Ameen insya-Allah," tulisnya.
Perkongsian di Instagram (IG) itu turut memuat naik foto bersama ibu dan anak perempuannya, Wan Maryam.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat layanan Fizo terhadap ibunya malah ada yang menjadikan contoh.
"@id_1515: Bagus sayang dengan mak kan.
"@rubyyaacob: Anak soleh, ayah bertangungjawab.
"@hayati.shafii: Wahhh tahniah Abe Joe. Gembirakan ibu Allah mudahkan urusan kita.
"@ma_ahmad1: Fizo anak yang baik semoga dipermudahkn segala urusan," antara komen-komen ditinggalkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

gempak
10/09/2024
22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.